Bukan mudah mendapat hidayah Tuhan. Ramai orang yang berusaha, tapi akhirnya tak dapat apa. Tapi kena percaya Tuhan itu Maha Adil. Kalau usaha setakat mahu ikut-ikut orang takkanlah sekelip mata saja hidayah itu menjelma.
Hidayah sendiri milik Tuhan. Aku dan engkau hanya berusaha, kawan. Tak siapa tahu siapa yang kekal dalam hidayahNya. Atau mungkin kita berdua sebenarnya sama-sama belum masuk ke kandang hidayah itu. Sebab semuanya Tuhan lebih tahu.
Bukan harganya sekeping emas. Bukan juga sebiji bumi. Sebab hidayah itu melangkaui batas semesta, bila roh aku dan engkau bersemadi dalam keredaanNya. Tapi kenapa susah sangat untuk engkau sedar? Hidayah itu akan pergi, kawan.
Aku hanya mampu bercerita dan berbicara. Tentang Tuhan Yang Maha Memberi Hidayah. Tentang pintu taubatNya yang masih terbuka. Kalau engkau masih tuli, haruskah aku memaksa? Atau menunggu bicara Tuhan di medan Mahsyar nanti.
Ya. Aku wajib melaksanakannya. Menyampaikan apa yang engkau tidak tahu. Atau sebenarnya engkau telah tahu, tapi sebab hatimu sudah legam maka yang benar-benar semuanya engkau dustakan. Atau hatimu telah buta?
Kawan, aku bukan manusia sempurna sebab aku juga hamba. Sama sahaja seperti engkau. Yang masih berjalan di atas duniaNya. Tapi aku mahu engkau tahu yang dunia ini bukan selama-lamanya menjadi tempat tinggal kita. Kita ada akhirat.
Terdesak sangatkah aku kalau hanya ingin melihat engkau berubah? Kalau pun bukan aku, biarlah orang lain yang membawa engkau kepada Tuhan. Kalau sebab aku engkau makin jauh dengan Tuhan, maka khabarkanlah. Supaya aku tahu aku tidak lagi mampu memimpin engkau. Tapi selagi nafasku masih ada selagi itu aku akan cuba. Dan engkau, kawan, sedarlah yang aku ini juga manusia. Punya resah dan takut. Tidak sempurna. Sama sahaja seperti engkau.
London.
3 comments:
doh bakpo sedeh sgt ni rumet ?
sabar2...
buat sekat2 buleh jah...
slm ki...untuk siapa nota hati ini?bertuahlah kawan ada kawan seperti ki...
sekat2 bulih dh ni rumet. jgn rusing;)
kak yah, utk kwn yg sgt istimewa tapi sgt juga susah utk berubah;(
Post a Comment