Saturday 28 March 2009

AYUH SELAMATKAN DUNIA UNTUK AKHIRAT!



Ayuh khalifah alam! Ini tugas kita!
(semoga sedikit amal ini diterima Tuhan pada Hari Perhitungan)

28 Mac 2009
London.

Friday 27 March 2009

LAGU KEIMANAN

(indah susun muziknya)

Andai matahari di tangan kananku
Takkan mampu mengubah yakinku
Terpatri dan takkan terbeli dalam lubuk hati

Bilakah rembulan di tangan kiriku
Takkan sanggup mengganti imanku
Jiwa dan raga ini apapun adanya

Andaikan seribu siksaan terus melambai-lambaikan
derita yang mendalam
Seujung rambut pun aku takkan bimbang
jalan ini yang kutempuh

Bilakah ajal kan menjelang jemput rindu-rindu
Syahid yang penuh kenikmatan
Cintaku hanya untukMu tetapkan muslimku selalu

Haris Shaff-fix

27 Mac 2009 (4.20 pm)
King's College London.

Sunday 22 March 2009

SELAMAT HARI LAHIR, MANUSIA!

(dedikasi untuk kekanda Najmuddin dan adinda Amiruddin)

Salam kesejahteraan kepada kalian.
Salam kesenangan kepada kalian.
Salam kerinduan kepada kalian.

Tahukah kalian kamarku kini sedia bertampal oleh tarikh-tarikh istimewa setiap ahli daripada keluarga Fa & Din. Sudah lama benar mahu aku realisasikan agar sentiasa ingat asalku dari mana, akhirnya sebulan yang lalu semua itu terlaksana. Kini aku tak perlu menunggu pesanan ringkas dari kekanda Fathiah yang selalu mengingatkan. Tentang tarikh-tarikh istimewa untuk kita semua, supaya rindu itu bertambah dan supaya putaran zaman tidak meminggirkan kenangan-kenangan yang terlakar.

Pada hari lahir kalian, kekanda dan adinda, aku tak mampu menghadiahkan apa-apa atau berbicara langsung dengan kalian. Cuma doa yang acap kali mengiringi air mataku setiap kali selepas solat, itulah sahaja yang dapat aku kirimkan. Moga kesulitan dan kepayahan yang sedang kita rasa bersama ini cepat berlalu. Moga Tuhan tetap di situ, memelihara kalian di samping ayahanda dan bonda dari petaka makhlukNya. Moga zaman kanak-kanak kita dihidupkan kembali di syurga yang menanti.

Selamat Hari Lahir Najmuddin!
Selamat Hari Lahir Amiruddin!

22 Mac 2009 (1.50 pm)
London.

Friday 20 March 2009

MERAJUKKAH TUHAN?

Merajukkah Tuhan?
Ketika aku bermaksiat
Dan Kau diam

Merajukkah Tuhan?
Ketika aku memanggil namaMu
Dan Kau tiada menyahut

Jangan begitu
Jangan begitu

Cukuplah lelah jiwaku menadah dosa
Dalam rinduMu yang aku sepikan
Ketika Engkau dekat di pinggirku
Aku yang merajuk tak berperasaan
Pada wajahMu yang kupalsukan
Oleh hatiku gelap dan hitam

Oh bagaimana lagi
Mahu kupujukMu, Tuhan
Supaya Engkau menatap diriku
Supaya Engkau memimpin tanganku
Sampai ke pangkuMu

20 Mac 2009 (3.20 pm)
Playford Road, London.

Saturday 7 March 2009

KE SYURGAKAH?

(mari bermuhasabah)

Ke syurgakah engkau?
Kebas punggung solat sunat
Tapi manusia keliling
Tiada aman oleh bicaramu

Ke syurgakah engkau?
Khatam Quran sekali seminggu
Tapi manusia keliling
Kau yakin amalnya tak cukup

Ke syurgakah engkau?
Hafal sepuluh kitab hadis
Tapi manusia keliling
Seperti ahli neraka bagimu

Ke syurgakah engkau?
Kalau berasa diri mulia
Tapi manusia keliling
Dilihat hina di matamu

Ke syurgakah engkau?
Kalau ingin jadi seperti Tuhan
Seolah engkau paling sempurna
Sedang dirimu hanya hamba
Belum tahu ke mana hala
Ke syurgakah?

7 Mac 2009
London.

Thursday 5 March 2009

KALAU BENAR MASIH ADA CINTA

(kembalilah rindu)

Penat oh penatnya
Mengejar bayang-bayangmu
Yang makin menjauh
Oleh gelapnya hidupku

Sampaikah tangan untuk kugapai
Berpaut pada dahanan kasih
Yang menjulang untuk setia pencinta
Kerna janji yang telah kudusta
Dan tinggallah aku sendiri
Meredah derita

Kalau benar masih ada cinta
Antara kita berdua
Mengapa tidak kau palingkan
Hatiku padamu
Saat kutagih rindu manusia

Kalau benar masih ada cinta
Antara kau dan aku
Mengapa tiada belas simpati
Pada jiwaku
Saat rasamu kupersia

Oh sampaikanlah salam rindu dariMu
Agar tiada lagi sangsi
Di hati ini

Oh Tuhan, bilakah kiranya damai angin singgah membawa perkhabaran cinta atau sekurang-kurangnya jiwa memutik rindu padaMu?


5 Mac 2009 (8.10 pm)
Playford Road, London.

BILA GILA

(molekkah atau hodohkah?)

Bila iman menjadi gila
Jangan ditanya esokkah kiamat
Yang wajib sewajibnya pekat
Dan sunat menjadi padat

Bila akal menjadi gila
Jangan ditanya tentang maksiat
Yang manis dijilat kelat
Yang pahit dimamah cepat

Bila hati menjadi gila
Jangan ditanya pasal malaikat
Yang datang menyua sendat
Dan tahulah ajal pun dekat

Bila semuanya gila
Itulah kita
Manusia

5 Mac 2009 (4.50 pm)
Playford Road, London.