(dedikasi untuk kekanda Najmuddin dan adinda Amiruddin)
Salam kesejahteraan kepada kalian.
Salam kesenangan kepada kalian.
Salam kerinduan kepada kalian.
Tahukah kalian kamarku kini sedia bertampal oleh tarikh-tarikh istimewa setiap ahli daripada keluarga Fa & Din. Sudah lama benar mahu aku realisasikan agar sentiasa ingat asalku dari mana, akhirnya sebulan yang lalu semua itu terlaksana. Kini aku tak perlu menunggu pesanan ringkas dari kekanda Fathiah yang selalu mengingatkan. Tentang tarikh-tarikh istimewa untuk kita semua, supaya rindu itu bertambah dan supaya putaran zaman tidak meminggirkan kenangan-kenangan yang terlakar.
Pada hari lahir kalian, kekanda dan adinda, aku tak mampu menghadiahkan apa-apa atau berbicara langsung dengan kalian. Cuma doa yang acap kali mengiringi air mataku setiap kali selepas solat, itulah sahaja yang dapat aku kirimkan. Moga kesulitan dan kepayahan yang sedang kita rasa bersama ini cepat berlalu. Moga Tuhan tetap di situ, memelihara kalian di samping ayahanda dan bonda dari petaka makhlukNya. Moga zaman kanak-kanak kita dihidupkan kembali di syurga yang menanti.
Selamat Hari Lahir Najmuddin!
Selamat Hari Lahir Amiruddin!
22 Mac 2009 (1.50 pm)
London.
No comments:
Post a Comment