Saturday, 24 April 2010

EMBUN

Burung-burung pagi yang sedang galak
Bercerita tentang semalamnya yang mesra
Pada titis embun yang belum tua
Di atasnya langit terlalu kosong
Dan laut sudah jemu bergelora

Embun itu terlalu setia
Pada burung dan alamnya yang baru disapa
Seperti ia mahu menjadi sungai
Oh alangkah butanya!

Kalau fajar nanti menjadi kiamat
Untuk embun yang belum bertaubat
Burung, dengarkan wasiat;
Biar esok aku menjadi angin

London.

6 comments:

Yazid Fauzi said...

salam abg waqi,

kenapa dri embun nk jd angin?embun bole jd wap air je la.proses pendidihan.=P

hehe*motif nak bersenda kat sini*

pemburu syurga said...

salam yazid,

embun itu sejuk di jiwa dan di mata. angin itu sejuk di jiwa walau mata buta. antara embun dan angin, keduanya saling mesra meski tidak serupa. satu waktu yang tak disangka, angin pasti membawa embun pergi. selamanya=)

faith said...

2 thumbs up!!

pemburu syurga said...

kak yah pehe ko tu? haha, molek dh mcm ado improvement sket doh dari dulu;)

Anonymous said...

adik waqi yang tersayang, best sajak nih.. =)

ukhuwah fillah abadan abada..

belajar lelok.. nanti skor exam tuh :)

pemburu syurga said...

erk! semoga anda faham maksud sebenar tulisan ini;)