Tuesday, 19 May 2009

SUTERA KASIH

(sekeping sutera hamparan syugra)

Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih

Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan padaMu ada kedamaian
Di ribaanMu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
CintaMu cinta tulus suci murni
KasihMu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya

-inteam-

3 comments:

redhuans said...

Assalamualaikum....
waqi...hihihi(sambiltersenyumbucuk)
nak mintak tulun boleh???(sambiltersenyumbucuklagi)
aku nak wat charity dinner untuk cambodia relief mission and nak wat persembahan sekali..and aku nak suh someone baca sajak...tp aku xdak sajak yg sesuai pasal cambodia..huhuhu...bolehkah jikalau nak mintak tulun ko watkan satu sajak khusus untuk cambodia nyer dinner nih..sajak ko sumernyer mengancam and beshh..so aku mmg xrisau aa pasal kualiti sajak2 ko..tp kalo ko exam n busy xper..aku mmg tanak ganggu...just in case ko free and ada ilham nak menulis...hehehe(sambiltersenyumbucuklagi)
btw dinner tuh on saturday 23May2009...kalo ko free and ada masa menulis before khamis or jumaat puhwease buatkan satu sajak yerr..hihihi..thankssss....

Inche gabbana said...

woah waqi!! aku suka lagu nih...! selalu jiwang sorg2 je... hehe.. tak tau lak ko pon suka..! ;)

pemburu syurga said...

Cidot,
inshaAllah aku cuba edit mana2 yg ada, kalau tak sempat ampunkan ya! hebat korang bernasyid;)

Gabbana,
lagu lama yg sarat dgn rahsia masa lalu, baru je ingat nak post entri2 seterusnya dgn lagu2 nasyid.. hmm kena pertimbangkan balik nih:)