Wednesday, 13 May 2009

BUKAN SKRIP BIASA

(kadang doaku kosong)

Doa
Bukan seperti berlakon pentas
Atau menghafal puisi-puisi indah
Yang bila terlupa barisnya
Dijeling dan dijenguk
Lagi dan lagi

Doa
Adalah bicara dari jiwa
Tidak perlu harmoni butirnya
Tidak perlu diliuk lentuk
Kerna rasa harap itu sendiri
Sudah cukup mengasyikkan

Doa
Adalah bukti diri kedaifan
Akan segala kebutuhan
Jika tidak
Tiadalah perlu merayu
Sampai tersendu-sendu

Doa
Adalah erti hinanya hamba
Di mana dan siapa pun dia
Tak mampu berbuat apa
Tanpa izin Pencipta

Doa
Maknanya dambakan perhatian
Ketika datang kesulitan
Bukan terus ditinggalkan
Waktu hadirnya kesenangan

Doa
Adalah rintihan
Memohon belas simpati
Walau bibir sunyi berkata
Namun hati berat merasa

Doa
Tidak wajib selepas dikata itu
Disebut yang seterusnya pula
Kerna jiwa yang letaknya pada Tuhan
Pasti terbit alunan indah
Yang tidak terduga

Doa
Apalah ertinya ia
Kalau panjang berjela
Tapi hati tak turut serta

13 Mei 2009 (10.15 pm)
London.

5 comments:

Anonymous said...

salam..

mcm ni lah kita boh.. susah nk rasa hina bila mintak sesuatu dr Allah.. astaghfirullah..

jzkk.. nice entry, betul2 menusuk.. insyaAllah..

wslm

As said...

mengerti akan hadirnya yakin dan tawakkal..

Hidayah said...

Salam

Subhanallah!Segala pujian dikembalikan kepadaNya yang telah memberikan ilham buat hamba-hambaNya.Jazakallah khayr atas sentuhan nurani yang saya yakin datangnya daripada hati.Semoga saudara terus diberi kekuatan untuk menyentuh hati-hati insan yang membaca nukilan saudara.

kawan lame said...

jzkk pemburu...
Nice entry masyaallah! As always..
Moga kita sama2 dikurniakan keikhlasan hati dalam berdoa..

Jangan lupe doakan saya juga:)

pemburu syurga said...

Anonymous, As, hidayah, kawan lame,
terima kasih ya.

semoga doa2 kita diisi dengan pengharapan dan kekerdilan=)