Friday, 20 March 2009

MERAJUKKAH TUHAN?

Merajukkah Tuhan?
Ketika aku bermaksiat
Dan Kau diam

Merajukkah Tuhan?
Ketika aku memanggil namaMu
Dan Kau tiada menyahut

Jangan begitu
Jangan begitu

Cukuplah lelah jiwaku menadah dosa
Dalam rinduMu yang aku sepikan
Ketika Engkau dekat di pinggirku
Aku yang merajuk tak berperasaan
Pada wajahMu yang kupalsukan
Oleh hatiku gelap dan hitam

Oh bagaimana lagi
Mahu kupujukMu, Tuhan
Supaya Engkau menatap diriku
Supaya Engkau memimpin tanganku
Sampai ke pangkuMu

20 Mac 2009 (3.20 pm)
Playford Road, London.

10 comments:

Anonymous said...

waqie...
wa, selalu terharu ngan sajak waqie tuh..
tu la..kita nih, slambe je kan wat dosa..macam tak takut kalau Allah tuh memalingkan redha+rahmatNYA dari kita..
Muhasabah2..
Jazakallah for the nice entry...teruskan menyentuh hati2 kami dengan sajak waqie..
All the best..moga Allah permudahkan perjuangan...

Anonymous said...

Allah swt xkan merajuk krn Allah maha penerima taubat.allah maha mndengar.tu pasal kita kne yakin dgn doa yg kita pohon kepadaNya.husnuzon ngn Allah.tu psl dlm islam ada rukun iman.yang pertama,percaya kpd Allah.tu psl kita kne pcya yg Allah maha mendengar doa or luahan hati kita,bro..

Hisham Mahir said...

betul cakap anonymous tu, tapi bende yg paling menyentuh dalam sajak tu ialah apa yang DM tu cakap, tak takut Allah ketika buat maksiat. kite xtolak semua kalaupun ade kecacatan sebab xde ape yg sempurna melainkan Allah sniri.

Anonymous said...

tajuk yang mencetuskan sedikit kontroversi

Anonymous said...

Ana rasa..MERAJUK yang pemburu maksudkan...agak tersirat..bukan macam merajuk manusia biasa, yang ikutkan perasaan..tak de pertimbangan..

MERAJUK kat sini, mungkin lebih kurang...bila kita wat dosa dalam keadaan kita sedar akan dosa tuh, then Allah senyapkan jer.. Allah tak tegur, mahupun beri balasan tang2 tu gak... Allah nak balas kat akhirat,macam istidraj kot..
Wawa..susah cam tuh, takut sangat kalau Allah MERAJUK cam tuh...dah tak nak pandang kita atas kelalaian yang disengajakan...>>tu tafsiran ana yang tak seberapa pandai sangat bab2 taksir2 sajak...berdasarkan rangkap first la..

Tapi kalau kita nak dekatkan diri pada Allah, tapi rasa macam hubungan ngan Allah masih tak basah...mungkin ada sumthing wrong ngan amalan kita kot..Allah nak suh kita check balik n muhasabah diri...betulkan niat n usaha lagi..

Waalahu'alam..

Anonymous said...

cam anonymous ckp,btl gak.sbb tu la kita kena ada prasaan taqwa.mksd tqwa adlah takut Allah.xkire la kita kt mane2 pon,klu kita ade taqwa,mmg kita xkan wat mksiat smue tuh.Allah xpnh puas mndgr luahan hati seorang hambaNya wpn hmbaNya sllu lalai.xdela la pulak Allah specific kan lg(kecuali hamba2Ku yang lalai..dalam quran ade mnyebut..inna robbi lasami 'uddua'..dlm surah ibrahim.sesungguhnya Allah maha mendengar doa.so,kita xleh nk takwil ke apa.mmg kalam Allah.yang penting kena ada TAQWA.insyaAllah diri sentiasa berada dilandasan yang betul.

Anonymous said...

salam...jzkk waqie for the sajak...
wah...macam2 penafsiran buleh dibuat dari sajak ko ni waqie...tahap sasterawan negara la ko...huhu...

"merajukkah tuhan" sgt2 mengajak aku untuk lebih yakin dan percaya akan keampunan tuhan itu sgt luas.dan keluasan keampunan tuhan bukanlah untuk kita salah gunakan dengan memperbanyak dosa dan maksiat seterusnya menangguhkan taubat atas segala dosa...is seolah2 memarahi setiap pelaku dosa dan maksiat.apekah yang ditunggu lagi oleh para pelaku maksiat dan kemungkaran.adekah hingga datang keputusan dari Allah baru taubat nak dilaksanakan.bak kate pepatah melayu, sudah terhantuk baru nak tengok atas'(ade ke pepatah bunyi mcm ni huhu)
apepon moge2 'aku' dalam sajak ni dan dan aku dalam reality mendapat sesuatu dari nukilan kreatif abag waqie kite nih...

salam

musafirtibbi said...

Salam, sajak yang menyentuh hati..percayalah bahawa Allah sentiasa mendengar..kita yang selalu lari dari dia..

pemburu syurga said...

Salam, terima kasih atas prihatin kalian.

Pentafsir bebas mentafsir, pembaca bebas membaca, penulis bebas menulis. Asal masih terikat dengan kesejahteraan akidah ya=)

Moja Amin said...

perfect piece of writing, i must say.
keep it up, bro!