(mari bermuhasabah)
Ke syurgakah engkau?
Kebas punggung solat sunat
Tapi manusia keliling
Tiada aman oleh bicaramu
Ke syurgakah engkau?
Khatam Quran sekali seminggu
Tapi manusia keliling
Kau yakin amalnya tak cukup
Ke syurgakah engkau?
Hafal sepuluh kitab hadis
Tapi manusia keliling
Seperti ahli neraka bagimu
Ke syurgakah engkau?
Kalau berasa diri mulia
Tapi manusia keliling
Dilihat hina di matamu
Ke syurgakah engkau?
Kalau ingin jadi seperti Tuhan
Seolah engkau paling sempurna
Sedang dirimu hanya hamba
Belum tahu ke mana hala
Ke syurgakah?
7 Mac 2009
London.
6 comments:
SALAM WAQIE
SGT TERSENTUH
SEMOGA KITA BERMUHASABAH KEMBALI
JOM UBAH iA
wow,mantap..
msti anak2 usrah bagus2 nih..
sape anak usrah yer??=p
lama menanti
karya ini menyedarkan hati
salam niezzam, jzkk. mari kita rendahkan jiwa=)
chik anonymous,
anak2 usrah sahaja yang bagusnya;)
kak yah,
semoga betul2 kita sedang di atas trek ke syurga ya=)
salam
best2. boley nk copy-paste kt tmpt lain x?
wassalam sdr musafirah. silakanlah ya! jzkk=)
Post a Comment