Oleh kegawatan jiwa
Yang menggumpali pundak
Benarkah oh Tuhan
Jalan yang kujejak
Menuju syurgaMu?
Semalam telah terzahir
Ketawanya dalam jerih
Sedang diri baru bertatih
Namun tegar hati memilih
Hari ini masih sembunyi
Akan esak dalam juaranya
Sedang aku di pertengahan
Wajarkah berpatah
Merenung jejak yang menghampakan
Hati pun mulalah bergoncangan
Oleh pukulan penipuan yang tertemu
Namun pujuk ingin mahu setia
Sayup jalan tersisip di hadapan
Di balik birai kerahsiaan
Kuintai lagi kecamuk rasa
Yang kian memamah keyakinan
Mohon pedoman Ya Robbi
Untukku memilih antara dua
Sedia derita dalam ketawa manusia
Atau senyumku dalam amarah mereka
Pada ketika ini, hanya Tuhan faham betapa sesak jiwa, sempit dunia. Aku melihat setiap di sekelilingku tanpa rasa, kalau ada pun yang buruk-buruk sahaja. Mengapa pada kegetiran ini rasa ini perlu hadir. Bukan aku tak cuba sedayaku melawannya, malah tidak sekali-kali aku mahu berdamping dengannya, tapi ia tegar di situ. Lantas pada Tuhan aku khabarkan keresahan lagi. Entah kali ke berapa.
Belakangan ini kerap aku termenung, berfikir dan buntu. Akan hala hidup yang sebenar dan ke mana akanku melangkah esok. Masihkah di jalan ini? Kadang terasa benar kesilapan demi kesilapan dalam aku membuat keputusan hidup. Ya. Keputusan hidup, suatu yang semestinya bukan main-main. Dan air mata tak mampu kubendung bila menyesali keputusan itu. Keputusan yang menjadikan aku di sini saat ini.
Dua tiga tahun ini tempoh yang cukup mencemaskan dan merimaskan. Aku seperti dipaksa untuk berjalan sendirian, walaupun di sampingku ada keluarga dan kawan. Mahu meneruskan langkah, serasa tidak mampu. Kerana telah kutempuh sekian banyak peristiwa kelam, yang melemahkan jiwa. Mahu sahaja berhenti, tapi aku juga punya rasa. Wajar peduli akan kata cela manusia keliling kelak.
Hidup pun terumbang-ambing oleh jahilnya aku dalam memilih. Namun aku percaya, nanti penat akan singgah jua. Saat itu aku benar-benar tak mampu lagi melangkah. Dan diri pun goyah. Di mana akan kurebah?
London.
6 comments:
Waqi,
aku yang mengilai masa mu menahan geram..
sebenarnye lame doh aku bau solekan ketawa dan senyummu,
tapi aku wak dok tahu jah..
keno bice waqi,
walaupon mu mace nga tahu doh aku nok royak gapo..hehe. Ado jah mendo2 laing benanyo..
betul ni, serius!
walaupun diriku difitnah gem**k olehmu padahal diriku tough lg macho...
masih lg ku ingin menitipkan bait2 kata yg mampu mnyenangi hatimu..
namun apakan daya,
xdpt ku uraikn apa yg bersarang di benakku utk meringankan pundakmu...
bersabarlah dgn ujian yg Allah kurniakan pdmu..itu buktinya Dia prihatin padamu...
salam..
waqi.. saba.. insyaAllah.. berbaik sangka pada Allah, merdekakan jiwa.. di sana akan terpancar puluhan jalan keluar..
wslm
Apakah yang memberatkan dirimu wahai sahabat? Sedihnya, tak dapat nak share skali..tak tau apa yang berlaku:(
Yang merasa dari jauh
-DM-
mudah untuk ku
berbicara menenangkan hatimu
mudah untuk ku
memerhati payah jerih mu
mudah untuk ku
tersenyum cuba menghiburmu
mudah untuk ku
menulis bait bait kalimah ini
tapi ku tahu
betapa deritamu
walau susah untuk ku merasai sendiri
dari jauh kutitipkan doa.
قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُن بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا
Dia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang-tulangku dan telah putih melepaklah uban kepalaku dan aku wahai Tuhanku tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu. (19:4)
إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ فَأَنزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا
dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya
(9:40)
almuhandisi assotoni =)
Terima kasih atas sokongan sahabat2 sekalian. Mahu sekali jadi kuat, tapi kadangkala iman belum matang. Pohon doa jua ya=)
Post a Comment