Setahun dua hidup ini banyak sungguh dugaan yang wajib dirasa. Dugaan yang benar-benar membuatkan jiwa tersepit, antara mahu meminta tolong atau diri yang menderita. Acap kali rasa terseksa, tapi aku kuatkan juga hati untuk menelan semua. Sudah sangat tebal rasa malu yang ditanggung, kerana seperti mengemis pula. Tapi aku tiada pilihan, selain menyusahkan.
Seharusnya anak inilah yang meringankan beban ayah bonda, tapi sebaliknya yang berlaku. Maafkanlah ayah kalau cubaan ini terpaksa dirasai juga olehmu. Maafkanlah ma kalau beban ini menyesak lenamu sehari-hari. Maafkanlah kakak-kakak, abang dan adik-adik kerana aku sudah tidak layak menjadi teladan kepada kalian. Kerana aku juga manusia. Upayaku amat terbatas, tidak boleh menjadi sempurna.
Kepada kawan-kawan. Yang tidak jemu memberi sokongan. Maafkanlah kerana terlalu banyak menyusahkan kalian. Sangat banyak pengorbanan yang telah kalian lakukan. Amat mustahil untukku balas semuanya. Kadang-kadang aku pun malu mahu berbicara tentang masalah-masalah ini, bimbang kalau-kalau mengganggu hidup kalian. Takut juga kalian rasa terbeban. Tapi aku juga manusia. Yang tak mampu menanggungnya sendiri.
Juga kepada Tuhan, Pengurnia Dugaan. Maafkanlah aku kalau banyak kesilapan yang telah aku lakukan. Bukan aku tak ingin berubah. Setiap kali mahu, setiap kali itulah aku diuji. Oh, kadang-kadang terasa berat juga beban yang dipikul ini wahai Penyelesai Masalah. Bantulah aku menghadapi semua ini dengan tenang, seperti mana yang pernah aku lalui. Jangan sesekali langkahku terhenti, Tuhan.
Aku juga manusia. Mahu seperti orang lain mahu. Ingin punya waktu-waktu bahagia. Tapi aku hanya hamba. Tak boleh memaksa Pencipta.
Bumi London.
6 comments:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdo'a), "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir." [2:286]
anakanda yang disayangi
coretan anakanda sangat difahami dan dihayati sedalam-dalamnya`kami rasai apa yang ditanggung oleh anakanda,itu ujian Allah untuk menguji kekuatan minda dan iman kita,ada dimana-mana yang ayahandabonda juga prlu muhasabah diri.orang2 yang beriman itu akan diuji selalu dan ketahanan dan kesabaran nabi-nabi adalah contoh2 yang baik untuk direnungi.kejayaan iman dan amal juga adalah kejayaan mutlak itu yang sebenar2nya yang anakanda juga sedang usahakan. insya allah kejayaan tetap milik kita apa yang penting anakanda sihat sejahtera dan ceria.kami anggap anakanda juga wira keluarga kita.
-ayah-
p/s:dia taip sendiri
salam
Tiada layak rasanya diri ini untuk memberi kata-kata hikmah kepada Sang pujangga, tetapi boleh jadi kata yang tidak seberapa ini berupaya meringankan sedikit duka:
Bagi seorang pemuda itu,tiada keaiban ke atasnya apabila lenyap kesenangan daripadanya..
Tetapi..keaiban yang sebenar-benarnya adalah apabila lenyap kesabarannya daripada dirinya
wallahualam.
renungkan kisah nabi yusuf yang terpenjara akibat fitnah..lebih hebat & dahsyat ujian itu..
atur langkah yang lebih kemas selepas ini untuk menuju puncak kejayaan yang lebih hakiki..
ALLAH sedang berbicara dengan kamu waqi..kuatlah!
wallahua'lam bissawab
Kenapa Engkau diuji?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman', sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yang berdusta." (Al-Ankabut: 2-3)
Kenapa Engkau tidak dapat apa yg diidam2kan?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)
Kenapa Engkau bersedih?
"Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersikap sedih hati, padahal kamulah org2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yang beriman."
(Al-Imran: 139)
"Wahai org2 yang beriman! Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara2 kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih drpd kesabaran musuh, (di medan perjuangan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)"
"Dan mintalah pertolongan(kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada org2 yang khusyuk" (Al-Baqarah:45)
"... & janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf: 12)
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min diri, maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..." (At-Taubah:111)
M05K
Meneliti bait-bait nukilan dalam blog ini memanggil saya dan insya Allah hamba-hambaNya yang lain juga untuk bersyukur atas setiap kurniaanNya dan bersabar atas musibah yang bertandang.Benarlah kiranya nilaian iman itu tulus pada saat kita diuji.Tetaplah di situ sahabat.Tenang zahirnya meski gusar batinnya.Moga tiap ujian menyuburkan rasa kehambaan kita kepadaNya.Semoga nusrah Allah sentiasa bersama.
Post a Comment