Saturday 9 August 2008

BILA IMAN PUN PUDAR

(pulihkan iman kami, Ya Rabb)

Bila iman pun pudar
Dalam lena atau sedar
Hilang cahaya penyinar
Tuhan makin terhindar

Bila iman pun pudar
Amal banyak mungkar
Tiap suruhan diingkar
Semua larangan dikelar

Bila iman pun pudar
Fikir dunia yang cemar
Tiada henti ia berlegar
Tiada penat kita mengejar

Bila iman pun pudar
Ukhuwah mula tercalar
Tazkirah mahu dicabar
Usrah berwajah hambar

Bila iman pun pudar
Malaikat lari bertebar
Dosa kecil menjadi besar
Pintu syurga dilihat samar

Bila iman pun pudar
Syaitan datang melamar
Mengkhabar maksiat tegar
Jahiliah kembali segar

Bila iman pun pudar
Hati sangatlah gusar
Meniti arah yang tersasar
Mencari Maha Penyabar

9 Ogos 2008 (12.30 pm)
Finsbury Park London

2 comments:

Azizul Salehudin said...

Bila sajak waqi terkeluar,
Bertajuk bila iman pudar,
Rasa hati bagai dikelar-kelar,
Aku pun tersedar.

Waqi,1st class! Aku bagi Noble Sastera utk sajak ni.

pemburu syurga said...

kalau hatimu bagai dikelar,
aku pula insafnya sebentar,
kini amal kembali berlapar,
serasa diri sudah tertampar,
pada hati yang enggan sedar,
pada Tuhan yang mahu mendengar..