Thursday 7 February 2008

SI TUA

(si tua itu masih gagah)

Si tua
Mengah jalannya yang sebentar
Begitu nafasnya ditarik dalam benar
Aku jua akan begitu

Si tua
Kelananya hanya sendiri
Menempa hidup yang kian dicuri
Aku jua akan begitu

Si tua
Diamnya tiada mahu bicara
Jiwanya sarat ingin disara
Aku jua akan begitu

Si tua
Nanti kembali ke zaman abadi
Lenyaplah segala cinta terjudi
Aku jua akan begitu

7 Februari 2008 (10.05 pm)
King's College London

No comments: