Saturday 10 January 2009

TANGGA KE NERAKA

Mendongak ke atas
Banyak tangga mahu didaki
Pelik hati masih kuat
Kaki diseru melangkah

Tangga pertama
Berlari
Jelas nampak ego di puncak
Melambai berkata marilah

Tangga kedua
Berjalan
Di depan ada riak
Bersorak memberi semangat

Tangga ketiga
Merangkak
Berselisih dengan dengki
Oh tak mampu kaki melawan

Tangga keempat
Mengengsot
Sambil menjeling belakang
Ada amarah yang mengejar

Tangga kelima
Kaku
Bila kaki sudah penat
Terhentilah langkah di neraka

Puisi ini ditulis sebagai muhasabah diri agar tidak terleka oleh pesona dunia yang merencana diri, merosakkan hati dalam berbuat kebaikan. Sungguh senang mendaki ke neraka, sedikit terlalai sampailah kita ke sana. Semoga sama dikasihani Allah.

10 Januari 2009 (8.30 pm)
Playford Road, London.

4 comments:

Musafir Kelana said...

mendaki ke neraka atau turun ke neraka??

Inche gabbana said...

nau'dzubillahi min zalik....... =S

jakallah sheikh...

Anonymous said...

alhamdulillah, yeah yeah.. masalah dah selesai.. hehehe..

mesti kita akan tergelak bila fikir pasal isu nih in the future..

kepada pali: kena pergi kelas bm nih..hehehe.. jgn mare..

pemburu syurga said...

pali, ada sebab kenapa ditulis mendaki ke neraka itu.

gabbana n kalamkalbu, sama2 doakan kesejahteraan kita dunia akhirat.