
Sesudu lompat tikam
Menjadi cikgu
Mengajar makna
Keharmonian
Tepung beras
Dalam tenang hijau
Sebenarnya tawar
Kerana air banyak
Walau paling likat
Namun pertama diambil
Santan putih
Dalam suci rona
Sebenarnya masin
Kerana garam secubit
Wajib ia ditambah
Namun jangan berlebih
Merah pulut
Dalam anggun seri
Sebenarnya pengenyang
Kerana ia kanji
Walau tiada rasa
Namun penyeri saji
Dan air gula melaka
Banyak dicurahkan
Penguli tepung beras
Pewarna putih santan
Pemanis pulut merah
Pendamai semua rasa
Aduhai lompat tikam
Melihat harmoni padamu
Manusia perlu menjadi murid
Agar hidup lebih berasa
Agar mati lebih bermakna
Puisi ini ditulis bukanlah sekadar mahu menceritakan perihal lompat tikam, tapi sebenarnya tentang perhubungan manusia yang pelbagai rasa. Ada kalanya tawar, ada ketikanya masin. Tapi kenangkan yang manis-manis.
11 Januari 2008 (7.30 pm)
Playford Road, London.
11 comments:
Waa... Waqi, dalam lompat tikam pon dapat ibroh..
Ganah Demmo
Hahahahahahahahahahahahahaha!!!!
woit
aku xmakn lg td
simpan sket...esok aku dtg
hehehe
alhamdulillah nik,
segala2nya dari Allah.
ha pali n iman, baru korang pacaya lompat tikam tu betul2 wujud kan!
wawawa waqıe..lompat tıkam pun boleh wat sajak kan..huhu..
wah.mengidam lompat tikam aaaaa
cik anonymous,
apa2 pun boleh jadi sajak=)
bash,
dtg ler london kalo mengidam sgt;)
salam
analogy yang sungguh comel.. carries beautiful meaning though...
ilham dari allah, maka pujian kembali kepada allah!
Aduh, saya terlalu rindukan kuih-muih tradisi Kelantan. Seraban (ejaan?) terutamanya!
ya, seraban yg manis-manis seperti orang-orang kelantan juga ya!
Post a Comment