Friday 16 January 2009

KEJUTAN

Kalau tak silap kelmarin. Kali pertama memeriksa baki akaun bank, setelah berminggu tidak dijenguk. Bukan kerana sibuk, tapi aku sendiri sudah tahu jawapannya. Dikira dan dikira, hasilnya sama sahaja. Yang ada hanyalah angka tunggal.

Tergamam. Bila melihat nilai baru. GBP 1***. Mana mungkin JPA hanya memberi sebanyak itu, lagi pula waktu ini terlalu awal dari sepatutnya! Mustahil tiba-tiba ada toyol yang mencuri lalu bersedekah! Tak logik kalau cepat sahaja aku dilantik menjadi wakil untuk memungut derma bagi warga Palestin!

Baru tadi ayah menghubungi dari kampung, aku bertanya khabar ayah dan ma usai bertamu di Tanah Suci. Juga berbual dengan ma. Juga satu-satunya abangku, bercuti untuk fisioterapi tangannya yang baru patah. Aku tolak rasa malu. Sebab selalu sahaja ayah, ma dan kakak-kakak bertanya tentang wang saku. Kalau boleh mahu sahaja mereka memberi. Tapi jawabku mudah, "Tak apa, boleh pinjam dari kawan. Jangan risau." Alasan macam mana pun, aku tahu tak semudah itu ayah dan ma percaya. Kerana aku pun sebolehnya tak mahu menyusahkan sesiapa, termasuk kawan-kawan.

"Assalamualaikum ma, nok tanyo ni. Ma ado masuk duit ko dalam akaun ore? Ayoh?"

"Waalaikumussalam Qi, tak dok tu. Bakpo? Nok duit ko? Kalu nok, ma bulih masuk. Ayoh pun ado duit lagi tu."

"Eh tak dok lah ma. Duit ado lagi, kalu tak dok pun saing-saing ado. Bulih pinje nga puok dio. Ni ado ore masuk duit ni. Tapi tok tau sapo."

"Ho. Sapo masuk eh? Dumoh tak dok ore masuk lagi tu. Banyok ko?"

"Em banyok kakloh ni, ma. Dale seribu lebih. Saing-saing serumoh bokali hok masuknyo. Takpolah ma. Nok tanyo tu jah. Kirim salam blako deh. Assalamualiakum."

"InshaAllah. Kirim salam ko saing-saing etek tu. Waalaikumussalam warahmatullah."

Itulah cebis kasih Tuhan yang dilemparkan ke dalam hati ma. Setiap kali bercakap tentang duit, soalan itulah yang ditanyakan. Dan alasan itulah aku berikan.

Mendapat jawapan dari kampung, bermakna aku juga telah tahu kerja siapa semua ini. Kawan-kawan. Serumah. Tak pernah aku memberitahu untuk meminjam duit mereka. Jauh sekali mendapat sebanyak itu. Mahu rasanya untukku pulangkan semuanya pada mereka secepat mungkin, tapi bila disoal semuanya mengelat.

Kata mereka, "Gunalah dulu. Nanti berduit bayarlah kembali." Tapi fikirku, aku masih berduit. Walaupun tak sebanyak yang mereka ada, tapi tetap boleh hidup. InshaAllah.

Terima kasih Tuhan kerana mengurniakan kawan-kawan yang bersedia untuk senang dan susah bersama-sama.

Walau resah tiada reda.

Kisah yang sangat pendek ini PS dedikasikan buat teman-teman serumah. Terima kasih atas usaha kalian mahu berkongsi menggalas beban. Sungguh PS sangat menghargai, namun tak sanggup menyentuhnya sedikit pun kerana bukanlah ia yang menggawatkan benak. Sedih benar bila pertama kali melihat baki akaun yang baru itu, walaupun belum mengetahui siapa yang memberi. Tolonglah terima kembali duit kalian segera mungkin. Itulah satu-satunya permintaan PS. Soal duit ini kalau pun papa kedana, PS tidak akan pernah risau. InshaAllah.

16 Januari 2009 (11.20 am)
Playford Road, London.

19 comments:

Anonymous said...

=)

Anonymous said...

waaa.. best nyer ada ahli rumah mcm tuh.. heaven gitu!

best juga kalo aku di layan begitu..=p anggur..anggur... sampai hari ini, engkau masih jauh dariku..

ayat-ayat di atas adalah gurauan semata-mata, tidak ada kena mengena antara hidup yang mati

imanshafiq said...

wah..itulah balasan berbuat baik pd org...heheheheh...

ilmu Allah itu Maha Luas..Dia Maha Adil..hehehe

Tinta MR said...

salam.

manisnya ukhuwah. sama2 mebantu dlm senang dan susah. :) selamat berkenalan.

Anonymous said...

mantop gituh,,,kalu x se duit tuh buleh ar antor siket ko kawe..

saing serumoh demo tuh meme gitu pum. Payoh bena nok trimo pitih. Padahal pitih sendiri tuh..

haih,,manusio2..mace2..

ala kulli hal,,alhamdulillah. At least kito ado saing gituh.

Inche gabbana said...
This comment has been removed by the author.
Inche gabbana said...

:'( Nak nangis aku baca weh...

N I K said...

wa'alaikumsalam wrh wbt

Anonymous said...

salam boh..

wah manisnya ukhuwwah bila kerana Allah..

bole masuk koleksi cerita sahabat2 MSM ni.. :P

wslm..

-insyaAllah boh, biasalah akaun daie mana mungkin ade byk duit..

The lady ♥ said...

salam.
trharunya baca entri ni.
ukhuwah smta2 krna Allah mmg indah.
mmg rs nak ngs jugak nih.

mohd shazli mohd zaini said...

bro...

kiranya ko x tau ke sape yg kasi? giler bahaya woo...ntah2 along UK ker?... hehehe...x pun skim pak man telo UK version. ko try cek kat email ko.. kot2 ader yg kasi email follow-up ker....=)

kalo ko x tau gak, mkgn jpa kasi kot. utk blanja aku makan bile2 aku turun london....hehehe...=)so, ko simpan dulu ler. x pun bleh wat modal niaga sate ngan aku nanti....


ok2, take care.... btw, aku baca sleng dialog ko, pening siyut., aku ingatkan ko org kedah. alih2.... nak kene 5 kali aku baca dialog ko. baru faham, ntah2, aku faham skit je kot... lol... =)

Anonymous said...

“SERENDAH-RENDAH UKHWAH IALAH BERSANGKA BAIK TERHADAP SAUDARANYA DAN SETINGGI-TINGGI UKHWAH IALAH MENGUTAMAKAN SAUDARANYA LEBIH DARIPADA DIRINYA SENDIRI (ITHAR)”

p/s tetiba teringat pula kisah persaudaraan muhajirin dan ansar... juga teringat akan kisah segelas air di perang yarmuk... sgt indah ukhuwwah itu... sanggup gadaikan nyawa kerana segelas air itu buat sahabatnya...

di sini kisahnya:

http://msmcork.wordpress.com/2008/03/03/segelas-air-di-medan-perang/

pemburu syurga said...

alhamdulillah,

terima kasih kepada seluruh warga 102 playford road (en ai kay, gabbana, kalamkalbu, kaukumemu, mountain chicken) atas nilai ukhuwah ini=) semuga Allah mempermudah urusan kalian jua ya!

incik da_imanz,
entah bila la aku ada buat baik;)

incik masruddin,
salam kenal-kenal juga. selamat berukhuwwah!

incik anonymous 1,
aik spatutnyo kawe hok mitok pitih nge demo plk. haha

incik anonymous 2,
xtau la layak dh ko nk bgelar dai'e ni, byk karat2 jahiliyah lg weh..

chik hartini,
begitulah, doakan ukhuwah kami kekal=)

bro shaz,
eh jpa spatut masuk lg byk la duit utk fakir miskin mcm aku ni. haha. btw jenuh dh aku tggu ko dtg rumah, tup2 aku yg smpai dulu kat leeds tu. jgn lupa aku blk mesia tahun ni. sambut keberangkatan aku ke keramat bersama hidangan sate kijang, arnab, etc etc..;)

incik haidir,
itulah ukhuwah di london. cork pon ada mail, zul, fathi n sudin tu. tp korang xmasak pn ms aku g ziarah itu hari. hoho. apekan daya=)

Anonymous said...

salam.

masyaalah. semoga kalian kekal di jalan ini.

Anonymous said...

hehehe... sorilah... aku pun taktau yg ngko kat cork masa tuh... tak bgtau pun... tetiba terjumpa masa lepas solat jumaat... ngeh2...

Anonymous said...

waqi, conversation dengan mak kau tu serious aku tak faham. :P bahasa melayu kah?

ore rumeh ko (betul ke??) pun pemburu syurga. ;)

pemburu syurga said...

halawatuliman,
doa2kanlah ya!

cik anonymous,
xperlu faham perkataannya tapi fahamlah perasaannya=) itulah terjadi bila campur ckp jerman ngan perancis..haha

Thuaibah said...

indahnya ukhuwwah kerana Allah...

moga semuanya dalam rumah itu kekal di jalan ini..

pemburu syurga said...

inshaAllah thuaibah..
semoga ukhuwah ini membawa ke syurga=)