Tuesday, 25 December 2007

PEMBIDIK

(sajak ini dipena detik terkapai-kapai dalam kemurkaan Tuhan)

Membidik redha Tuhan
Terkadang tepat tapi hilang kesan
Kerap tersasar ke lapang murka
Beribu panah bisu dikutip tak mahu

Lantas dikurnia Tuhan panah baru
Buat penyembuh semangat
Ghairah lagi membidik
Tapi sengaja pula memesong sasarnya

Lebih banyak panah Tuhan berikan
Makin banyak, makin tak terarah ia terbang
Akhirnya mendarat di tanah kontang
Sasarnya dilupa sudah

Pembidik lemah tercari lapang lain
Yang sasar mudah mengena
Terjumpa daerah suci
Tapi anginnya pula kencang

6.25 am (1 Disember 2007)
King's College London

No comments: