(sajak ini digubah saat tiada siapa yang mengerti)
Kiranya kau tahu
Derita semalam masih di sini
Pasti kau turut merasa
Segala yang aku rasa
Kiranya kau tahu
Pilu menyapa lagi hari ini
Pasti kau ingin bersedih
Mengenang titis air mata
Kiranya kau tahu
Esok malang menungguku
Pasti kau setia bersama
Melihat betapa aku merana
Kiranya kau tahu
Tiap detik aku merenung
Hidup bernasibkan kejerihan
Pasti kau ikut mengalun
Lagu penuh kesayuan
Oh sungguh
Sengsara tidak perlu kukongsi
Biarlah aku di sini mengutipnya sendiri
Biarlah senyumku yang kau tatapi
1.45 pm (9 Disember 2007)
King's College London
No comments:
Post a Comment