Tuesday, 25 December 2007

KEBUN SYURGA

(sajak ini terilham kala merasakan nikmat ukhuwah yang kembali)

Menziarahi kebun syurga
Ke sana bersama teman harapan

Tanahnya subur masih basah
Di situ pohon damai tumbuh
Di situ dahan redha bercabang
Di situ bunga cinta menguntum wangi

Kebun syurga
Beribu mahu ke sana
Tapi yang hadir sekerat cuma
Ada yang tiada berkudrat
Ada yang silap menusun langkah
Ada yang mengetuk pintu neraka!

Indahnya kebu syurga
Mentarinya bagai tiada padam
Hujan jua acap menyinggah
Namun tiada ia tandus
Tiada jua banjir

Kebun syurga
Moga mampu bertandang lagi

9.15 pm (22 Disember 2007)
PMS, Loughborough

No comments: