Tuesday, 25 December 2007

CINTA ANDALUS

(sajak ini dikarang bila terimbau kenangan di bumi Andalus)

Sesetia berahi pungguk dan bulan
Sederu kasih ombak dan pantai
Begitulah cinta Andalus

Di situ ada pencinta ilmu
Titisnya dijadikan laut melemaskan kejahilan umat
Berbanggalah kau Cordoba!

Di situ ada pencinta damai
Melebarkan keamanan semesta alam
Berbanggalah kau Al Hambra!

Di situ ada pencinta seni
Halus ukirnya mempesona kasar duniawi
Berbanggalah kau Nasrid Palace!

Di situ ada pencinta alam
Padanya gah syurga dunia yang menawan
Berbanggalah kau Generalife!

Di situ ada pencinta Tuhan
Bukti kehambaan tiada berarah dua
Berbanggalah kau Mezquita!

Di situ
Di bumi Andalus-Sepanyol
Medan saksi para pencinta bersua kekasih
Tangis haru mereka pernah bersahutan
Ungkapan cinta bergema penuh syahdu
Di bumi Andalus itu

9.45 am (25 Disember 2007)
King’s College London

No comments: