(sajak ini dikarang bila terimbau kenangan di bumi Andalus)
Sesetia berahi pungguk dan bulan
Sederu kasih ombak dan pantai
Begitulah cinta Andalus
Di situ ada pencinta ilmu
Titisnya dijadikan laut melemaskan kejahilan umat
Berbanggalah kau Cordoba!
Di situ ada pencinta damai
Melebarkan keamanan semesta alam
Berbanggalah kau Al Hambra!
Di situ ada pencinta seni
Halus ukirnya mempesona kasar duniawi
Berbanggalah kau Nasrid Palace!
Di situ ada pencinta alam
Padanya gah syurga dunia yang menawan
Berbanggalah kau Generalife!
Di situ ada pencinta Tuhan
Bukti kehambaan tiada berarah dua
Berbanggalah kau Mezquita!
Di situ
Di bumi Andalus-Sepanyol
Medan saksi para pencinta bersua kekasih
Tangis haru mereka pernah bersahutan
Ungkapan cinta bergema penuh syahdu
Di bumi Andalus itu
9.45 am (25 Disember 2007)
King’s College London
Tuesday, 25 December 2007
KEBUN SYURGA
(sajak ini terilham kala merasakan nikmat ukhuwah yang kembali)
Menziarahi kebun syurga
Ke sana bersama teman harapan
Tanahnya subur masih basah
Di situ pohon damai tumbuh
Di situ dahan redha bercabang
Di situ bunga cinta menguntum wangi
Kebun syurga
Beribu mahu ke sana
Tapi yang hadir sekerat cuma
Ada yang tiada berkudrat
Ada yang silap menusun langkah
Ada yang mengetuk pintu neraka!
Indahnya kebu syurga
Mentarinya bagai tiada padam
Hujan jua acap menyinggah
Namun tiada ia tandus
Tiada jua banjir
Kebun syurga
Moga mampu bertandang lagi
9.15 pm (22 Disember 2007)
PMS, Loughborough
Menziarahi kebun syurga
Ke sana bersama teman harapan
Tanahnya subur masih basah
Di situ pohon damai tumbuh
Di situ dahan redha bercabang
Di situ bunga cinta menguntum wangi
Kebun syurga
Beribu mahu ke sana
Tapi yang hadir sekerat cuma
Ada yang tiada berkudrat
Ada yang silap menusun langkah
Ada yang mengetuk pintu neraka!
Indahnya kebu syurga
Mentarinya bagai tiada padam
Hujan jua acap menyinggah
Namun tiada ia tandus
Tiada jua banjir
Kebun syurga
Moga mampu bertandang lagi
9.15 pm (22 Disember 2007)
PMS, Loughborough
KIRANYA KAU TAHU
(sajak ini digubah saat tiada siapa yang mengerti)
Kiranya kau tahu
Derita semalam masih di sini
Pasti kau turut merasa
Segala yang aku rasa
Kiranya kau tahu
Pilu menyapa lagi hari ini
Pasti kau ingin bersedih
Mengenang titis air mata
Kiranya kau tahu
Esok malang menungguku
Pasti kau setia bersama
Melihat betapa aku merana
Kiranya kau tahu
Tiap detik aku merenung
Hidup bernasibkan kejerihan
Pasti kau ikut mengalun
Lagu penuh kesayuan
Oh sungguh
Sengsara tidak perlu kukongsi
Biarlah aku di sini mengutipnya sendiri
Biarlah senyumku yang kau tatapi
1.45 pm (9 Disember 2007)
King's College London
Kiranya kau tahu
Derita semalam masih di sini
Pasti kau turut merasa
Segala yang aku rasa
Kiranya kau tahu
Pilu menyapa lagi hari ini
Pasti kau ingin bersedih
Mengenang titis air mata
Kiranya kau tahu
Esok malang menungguku
Pasti kau setia bersama
Melihat betapa aku merana
Kiranya kau tahu
Tiap detik aku merenung
Hidup bernasibkan kejerihan
Pasti kau ikut mengalun
Lagu penuh kesayuan
Oh sungguh
Sengsara tidak perlu kukongsi
Biarlah aku di sini mengutipnya sendiri
Biarlah senyumku yang kau tatapi
1.45 pm (9 Disember 2007)
King's College London
PEMBIDIK
(sajak ini dipena detik terkapai-kapai dalam kemurkaan Tuhan)
Membidik redha Tuhan
Terkadang tepat tapi hilang kesan
Kerap tersasar ke lapang murka
Beribu panah bisu dikutip tak mahu
Lantas dikurnia Tuhan panah baru
Buat penyembuh semangat
Ghairah lagi membidik
Tapi sengaja pula memesong sasarnya
Lebih banyak panah Tuhan berikan
Makin banyak, makin tak terarah ia terbang
Akhirnya mendarat di tanah kontang
Sasarnya dilupa sudah
Pembidik lemah tercari lapang lain
Yang sasar mudah mengena
Terjumpa daerah suci
Tapi anginnya pula kencang
6.25 am (1 Disember 2007)
King's College London
Membidik redha Tuhan
Terkadang tepat tapi hilang kesan
Kerap tersasar ke lapang murka
Beribu panah bisu dikutip tak mahu
Lantas dikurnia Tuhan panah baru
Buat penyembuh semangat
Ghairah lagi membidik
Tapi sengaja pula memesong sasarnya
Lebih banyak panah Tuhan berikan
Makin banyak, makin tak terarah ia terbang
Akhirnya mendarat di tanah kontang
Sasarnya dilupa sudah
Pembidik lemah tercari lapang lain
Yang sasar mudah mengena
Terjumpa daerah suci
Tapi anginnya pula kencang
6.25 am (1 Disember 2007)
King's College London
BENAK CELARU
(sajak ini ditinta pabila iman digugah hebat)
Saat benak celaru
Terbit suria hitam dari ceruk hati
Beraja di jiwa bingung
Pekat hitam cahayanya melata
Tumbuh di segenap kerdil daging
Ruang malaikat kian sempit
Terkubur segala kemuliaan
Acap ia mengelak
Tapi deria terkunci sudah
Meredha syaitan berbisik
Mengundang laknat semesta
Inilah saat benak celaru!
10.55 pm (30 November 2007)
King's College London
Saat benak celaru
Terbit suria hitam dari ceruk hati
Beraja di jiwa bingung
Pekat hitam cahayanya melata
Tumbuh di segenap kerdil daging
Ruang malaikat kian sempit
Terkubur segala kemuliaan
Acap ia mengelak
Tapi deria terkunci sudah
Meredha syaitan berbisik
Mengundang laknat semesta
Inilah saat benak celaru!
10.55 pm (30 November 2007)
King's College London
LORONG INI
(sajak ini tercetus saat diperjalankan selaut manusia di Oxford Street)
Di lorong ini
Manusia seperti laut
Mencari segenap kemahuan
Memenuhi setiap detik nafsu
Kasihan manusia
Kiranya mereka tahu
Lautan api menanti di sana
Pasti lengang lorong ini
12.30 pm (25 November 2007)
King's College London
Di lorong ini
Manusia seperti laut
Mencari segenap kemahuan
Memenuhi setiap detik nafsu
Kasihan manusia
Kiranya mereka tahu
Lautan api menanti di sana
Pasti lengang lorong ini
12.30 pm (25 November 2007)
King's College London
MUSIM INI
(sajak ini hasil ilham teman dedaun kering)
Musim ini musim luruh
Bersama angin meniupkan kesengsaraan
Daun-daun terkulai beribu
Semangat jua begitu
Musim ini bunga malu tersipu
Harumnya diganti bau kering daun
Semua lemah
Semangat jua begitu
Musim ini usah lagi langit berair mata
Menitiskan butir pilu
Ah langit juga membisu
Semangat jua begitu
Berlalulah musim ini
Tinggallah ketulan putih melata
Biar kesucian menghampar tanah gersang
Dan semangat jua begitu
12.00 pm (25 November 2007)
King's College LOndon
Musim ini musim luruh
Bersama angin meniupkan kesengsaraan
Daun-daun terkulai beribu
Semangat jua begitu
Musim ini bunga malu tersipu
Harumnya diganti bau kering daun
Semua lemah
Semangat jua begitu
Musim ini usah lagi langit berair mata
Menitiskan butir pilu
Ah langit juga membisu
Semangat jua begitu
Berlalulah musim ini
Tinggallah ketulan putih melata
Biar kesucian menghampar tanah gersang
Dan semangat jua begitu
12.00 pm (25 November 2007)
King's College LOndon
HENTIKANLAH
(sajak ini ditulis berpenakan pilu dan dakwat air mata)
Aduh
Mengeluh lagi aku
Sungguh tiada pernah terbayang
Hidup sukar Tuhan yang tahu
Dugaan
Padaku tidak akan ada titik akhir
Dugaan dan dugaan adalah drama
Yang penghujungnya kematian
Ya Tuhan
Benar hati ini merintih pilu kini
Rintihan dulu tiada dibujuk
Rintihan ini juga pasti berlabuh kosong
Tiada apa yang terubah
Cukuplah dugaan
Aku merayu hentikan langkahmu
Andai tiada juga dilayan
Hentikan langkahku di sini!
7.10 pm (15 November 2007)
King's College London
Aduh
Mengeluh lagi aku
Sungguh tiada pernah terbayang
Hidup sukar Tuhan yang tahu
Dugaan
Padaku tidak akan ada titik akhir
Dugaan dan dugaan adalah drama
Yang penghujungnya kematian
Ya Tuhan
Benar hati ini merintih pilu kini
Rintihan dulu tiada dibujuk
Rintihan ini juga pasti berlabuh kosong
Tiada apa yang terubah
Cukuplah dugaan
Aku merayu hentikan langkahmu
Andai tiada juga dilayan
Hentikan langkahku di sini!
7.10 pm (15 November 2007)
King's College London
MEMBILANG DERITA
(sajak ini digarap tatkala mendengar derita tokoh agung)
Luluh hati
Membilang titisan derita di kolam kehidupan
Alangkah banyak tak terhitung
Derita dan jerih dititip diulang
Tuhan
Hidup apakah ini?
Kalau hanya menunggu perit menjelma
Derita hari ini seperti sudah tahu
Apa pula pilu yang menanti di hari esok
Oh, sungguh tiada pernah ia berhenti
Duhai jiwa yang lemah
Kala engkau menatap deritamu
Ingatlah!
Bila Adam disisih dari syurga abadi
Bila Nuh ditimpa banjir sebesar alam
Bila Ibrahim dibakar sedang bernyawa
Bila Yusuf dipenjara tiada bersebab
Bila Muhammad diperintah memimpin seluruh umat
Setiap derita mereka
Siapa bisa memandang tanpa rasa?
Bangkitlah jiwa yang longlai!
Pulihkan semangatmu yang punah
Lihatlah manusia agung yang terseksa
Deritamu hanya secebis dari mereka
Kembalikan secebis cekal dalam jiwamu
Hapuslah erti ngilu dari hidupmu
Bilanglah derita dengan simpul senyum!
5.00 pm (4 November 2007)
King's College London
Luluh hati
Membilang titisan derita di kolam kehidupan
Alangkah banyak tak terhitung
Derita dan jerih dititip diulang
Tuhan
Hidup apakah ini?
Kalau hanya menunggu perit menjelma
Derita hari ini seperti sudah tahu
Apa pula pilu yang menanti di hari esok
Oh, sungguh tiada pernah ia berhenti
Duhai jiwa yang lemah
Kala engkau menatap deritamu
Ingatlah!
Bila Adam disisih dari syurga abadi
Bila Nuh ditimpa banjir sebesar alam
Bila Ibrahim dibakar sedang bernyawa
Bila Yusuf dipenjara tiada bersebab
Bila Muhammad diperintah memimpin seluruh umat
Setiap derita mereka
Siapa bisa memandang tanpa rasa?
Bangkitlah jiwa yang longlai!
Pulihkan semangatmu yang punah
Lihatlah manusia agung yang terseksa
Deritamu hanya secebis dari mereka
Kembalikan secebis cekal dalam jiwamu
Hapuslah erti ngilu dari hidupmu
Bilanglah derita dengan simpul senyum!
5.00 pm (4 November 2007)
King's College London
BERLARILAH!
(sajak ini dihadiahkan buat anak-anak Islam di medan perang)
Berlari-lari si anak kecil
Di belakang ada dua butir torpedo menghambat laju
Di hadapan ada sepuluh muncung senapang jahat
Dia tersepit antara keduanya
Ayah! Bantu aku!
Mana tangan gagahmu yang dulu mendukungku?
Mana semangat kentalmu yang dulu menyokongku?
Teringat si anak kecil
Oh ya, ayah dikambus bernyawa oleh tanah..
Bonda! Tolong aku!
Mana titis madu kasihmu yang dulu?
Mana lembut mesra belaimu yang dulu?
Teringat lagi si anak kecil
Oh ya, bonda rebah bersama adik dalam dakapannya..
Terhenti si anak kecil
Kerna sedar
Dia kini tiada siapa
Dan tiada apa
Lantas untuk apa berlari lagi?
Usah begitu, anak kecil!
Berlarilah selagi nafasmu berdetik
Bawalah semangat ayah ke mana kau melangkah
Bawalah kasih suci bonda ke mana kau bertapak
Tapi jangan sekali kau berhenti berlari
Oh anak kecil
Kau di medan serba payah
Berjudi antara hidup dan mati
Diberi pilihan torpedo dan peluru
Tapi kau tiada ruang untuk memilih tidak
Berlarilah, anak kecil!
Bawalah Tuhan bersamamu
Berlarilah untukNya
Berlarilah untuk agamaNya!
10.00 am (3 November 2007)
King's College London
Berlari-lari si anak kecil
Di belakang ada dua butir torpedo menghambat laju
Di hadapan ada sepuluh muncung senapang jahat
Dia tersepit antara keduanya
Ayah! Bantu aku!
Mana tangan gagahmu yang dulu mendukungku?
Mana semangat kentalmu yang dulu menyokongku?
Teringat si anak kecil
Oh ya, ayah dikambus bernyawa oleh tanah..
Bonda! Tolong aku!
Mana titis madu kasihmu yang dulu?
Mana lembut mesra belaimu yang dulu?
Teringat lagi si anak kecil
Oh ya, bonda rebah bersama adik dalam dakapannya..
Terhenti si anak kecil
Kerna sedar
Dia kini tiada siapa
Dan tiada apa
Lantas untuk apa berlari lagi?
Usah begitu, anak kecil!
Berlarilah selagi nafasmu berdetik
Bawalah semangat ayah ke mana kau melangkah
Bawalah kasih suci bonda ke mana kau bertapak
Tapi jangan sekali kau berhenti berlari
Oh anak kecil
Kau di medan serba payah
Berjudi antara hidup dan mati
Diberi pilihan torpedo dan peluru
Tapi kau tiada ruang untuk memilih tidak
Berlarilah, anak kecil!
Bawalah Tuhan bersamamu
Berlarilah untukNya
Berlarilah untuk agamaNya!
10.00 am (3 November 2007)
King's College London
BERLARILAH!
(sajak ini dihadiahkan buat anak-anak Islam di medan perang)
Berlari-lari si anak kecil
Di belakang ada dua butir torpedo menghambat laju
Di hadapan ada sepuluh muncung senapang jahat
Dia tersepit antara keduanya
Ayah! Bantu aku!
Mana tangan gagahmu yang dulu mendukungku?
Mana semangat kentalmu yang dulu menyokongku?
Teringat si anak kecil
Oh ya, ayah dikambus bernyawa oleh tanah..
Bonda! Tolong aku!
Mana titis madu kasihmu yang dulu?
Mana lembut mesra belaimu yang dulu?
Teringat lagi si anak kecil
Oh ya, bonda rebah bersama adik dalam dakapannya..
Terhenti si anak kecil
Kerna sedar
Dia kini tiada siapa
Dan tiada apa
Lantas untuk apa berlari lagi?
Usah begitu, anak kecil!
Berlarilah selagi nafasmu berdetik
Bawalah semangat ayah ke mana kau melangkah
Bawalah kasih suci bonda ke mana kau bertapak
Tapi jangan sekali kau berhenti berlari
Oh anak kecil
Kau di medan serba payah
Berjudi antara hidup dan mati
Diberi pilihan torpedo dan peluru
Tapi kau tiada ruang untuk memilih tidak
Berlarilah, anak kecil!
Bawalah Tuhan bersamamu
Berlarilah untukNya
Berlarilah untuk agamaNya!
10.00 am (3 November 2007)
King's College London
Berlari-lari si anak kecil
Di belakang ada dua butir torpedo menghambat laju
Di hadapan ada sepuluh muncung senapang jahat
Dia tersepit antara keduanya
Ayah! Bantu aku!
Mana tangan gagahmu yang dulu mendukungku?
Mana semangat kentalmu yang dulu menyokongku?
Teringat si anak kecil
Oh ya, ayah dikambus bernyawa oleh tanah..
Bonda! Tolong aku!
Mana titis madu kasihmu yang dulu?
Mana lembut mesra belaimu yang dulu?
Teringat lagi si anak kecil
Oh ya, bonda rebah bersama adik dalam dakapannya..
Terhenti si anak kecil
Kerna sedar
Dia kini tiada siapa
Dan tiada apa
Lantas untuk apa berlari lagi?
Usah begitu, anak kecil!
Berlarilah selagi nafasmu berdetik
Bawalah semangat ayah ke mana kau melangkah
Bawalah kasih suci bonda ke mana kau bertapak
Tapi jangan sekali kau berhenti berlari
Oh anak kecil
Kau di medan serba payah
Berjudi antara hidup dan mati
Diberi pilihan torpedo dan peluru
Tapi kau tiada ruang untuk memilih tidak
Berlarilah, anak kecil!
Bawalah Tuhan bersamamu
Berlarilah untukNya
Berlarilah untuk agamaNya!
10.00 am (3 November 2007)
King's College London
MENCINTAI MUHAMMAD
(sajak ini dipersembahkan buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW)
Muhammad
Aku rindu padamu
Pada wajahmu yang bersih putih
Pada bicaramu yang penuh hikmah
Pada senyummu yang memaut cinta
Pada akhlakmu yang mempesona jiwa
Pada segala-gala yang engkau miliki
Sungguh Muhammad
Aku cintakan kau
Cinta ini hanya kepadamu
Demi Tuhan yang satu
Cinta ini tiada padamnya
Demi percayaku kepadamu yang tiada peri
Cinta ini semakin hangat
Demi bertemu engkau di alam abadi
Cintailah aku, Muhammad
Oh Muhammad
Kira bisa aku tatap dirimu
Tidak lagi ada kerlipan di mataku
Kira bisa aku memeluk eratmu
Tidak lagi tanganku menggapai yang lain
Kira bisa aku beroleh cintamu
Tidak lagi semarak cintaku untuk dunia
Terimalah cintaku, Muhammad!
Muhammad
Sudilah engkau menemaniku nanti
Sudilah engkau mengakuiku nanti
Sudilah engkau mencintaiku kini dan selamanya
Kerna aku cinta padamu!
10.15 am (31 Oktober 2007)
King's College London
Muhammad
Aku rindu padamu
Pada wajahmu yang bersih putih
Pada bicaramu yang penuh hikmah
Pada senyummu yang memaut cinta
Pada akhlakmu yang mempesona jiwa
Pada segala-gala yang engkau miliki
Sungguh Muhammad
Aku cintakan kau
Cinta ini hanya kepadamu
Demi Tuhan yang satu
Cinta ini tiada padamnya
Demi percayaku kepadamu yang tiada peri
Cinta ini semakin hangat
Demi bertemu engkau di alam abadi
Cintailah aku, Muhammad
Oh Muhammad
Kira bisa aku tatap dirimu
Tidak lagi ada kerlipan di mataku
Kira bisa aku memeluk eratmu
Tidak lagi tanganku menggapai yang lain
Kira bisa aku beroleh cintamu
Tidak lagi semarak cintaku untuk dunia
Terimalah cintaku, Muhammad!
Muhammad
Sudilah engkau menemaniku nanti
Sudilah engkau mengakuiku nanti
Sudilah engkau mencintaiku kini dan selamanya
Kerna aku cinta padamu!
10.15 am (31 Oktober 2007)
King's College London
ANDAI AKU
(sajak ini dikarang ketika sepi sendiri)
Andai aku tegar mencari sebutir rahmat
Pasti aku tak bisa mencuba yang lain
Andai aku dikurnia sebuah cinta agung
Pasti aku tidak lagi berpaling
Andai aku berkudrat melangkah ke puncak
Pasti aku tidak menoleh lurahnya
Andai aku penuh bahagia
Pasti segala duka akan terubat
Andai aku tiada lagi kesunyian
Pasti tiada begini aku berperasaan
Andai aku mampu mendakap nikmat Tuhan
Pasti aku gagah melangkah untuk hari esok
Andai aku diberi segala ruang
Pasti aku tidak melepaskan peluang
Andai aku dicinta sebesar alam
Pasti duka bertukar suka
Andai aku tiada ujian
Pasti damai akan ku kecap
Andai aku hidup sendiri
Pasti percuma aku berbuat segalanya
Andai aku dihadirkan sebentuk anugerah
Pasti selamanya aku bersamanya
Namun itu semua hanyalah "Andai"
Andai yang "Pasti"nya belum kunjung tiba
Ku pasakkan semangat untuk hidup
Dalam sedar lorongnya sempit
Kerna "Pasti" Tuhan bersama aku
"Andai" diri tiada apa
8.50 am (27 Oktober 2007)
King's College London
Andai aku tegar mencari sebutir rahmat
Pasti aku tak bisa mencuba yang lain
Andai aku dikurnia sebuah cinta agung
Pasti aku tidak lagi berpaling
Andai aku berkudrat melangkah ke puncak
Pasti aku tidak menoleh lurahnya
Andai aku penuh bahagia
Pasti segala duka akan terubat
Andai aku tiada lagi kesunyian
Pasti tiada begini aku berperasaan
Andai aku mampu mendakap nikmat Tuhan
Pasti aku gagah melangkah untuk hari esok
Andai aku diberi segala ruang
Pasti aku tidak melepaskan peluang
Andai aku dicinta sebesar alam
Pasti duka bertukar suka
Andai aku tiada ujian
Pasti damai akan ku kecap
Andai aku hidup sendiri
Pasti percuma aku berbuat segalanya
Andai aku dihadirkan sebentuk anugerah
Pasti selamanya aku bersamanya
Namun itu semua hanyalah "Andai"
Andai yang "Pasti"nya belum kunjung tiba
Ku pasakkan semangat untuk hidup
Dalam sedar lorongnya sempit
Kerna "Pasti" Tuhan bersama aku
"Andai" diri tiada apa
8.50 am (27 Oktober 2007)
King's College London
DUGAAN DAN HIDUP
(sajak ini ditulis ekoran dugaan demi dugaan tercurah)
Dugaan
Suatu yang senang di mulut
Tapi sukar di hati
Dugaan dan hidup
Dua kata punya satu jiwa
Pelengkap antaranya
Tiada pernah bercerai
Dugaan
Siapa bisa tahu
Bila ia datang?
Bila ia pergi?
Dugaan wujud di situ
Cuma mata tak nampak
Sebab ia dipandang serong
Dugaan adalah bebanan
Bebanan?
Tuhan pemberi beban?
Bukankah Tuhan yang menduga?
Hidup tanpa dugaan
Umpama hidup dalam kekosongan
Sebab itu
Hidup perlu dugaan
Dan dugaan perlu hidup
Jika tidak
Siapa yang nanti diduga?
Manusia acap mengeluh
Dugaan itu gila!
O kala senang tiada pula gila itu
Siapa beri kau senang?
Siapa beri kau dugaan?
Dugaan dan hidup
Tak mungkin keduanya berbalah
Kerna mesra mereka adalah abadi
8.30 am (10 Oktober 2007)
King's College London
Dugaan
Suatu yang senang di mulut
Tapi sukar di hati
Dugaan dan hidup
Dua kata punya satu jiwa
Pelengkap antaranya
Tiada pernah bercerai
Dugaan
Siapa bisa tahu
Bila ia datang?
Bila ia pergi?
Dugaan wujud di situ
Cuma mata tak nampak
Sebab ia dipandang serong
Dugaan adalah bebanan
Bebanan?
Tuhan pemberi beban?
Bukankah Tuhan yang menduga?
Hidup tanpa dugaan
Umpama hidup dalam kekosongan
Sebab itu
Hidup perlu dugaan
Dan dugaan perlu hidup
Jika tidak
Siapa yang nanti diduga?
Manusia acap mengeluh
Dugaan itu gila!
O kala senang tiada pula gila itu
Siapa beri kau senang?
Siapa beri kau dugaan?
Dugaan dan hidup
Tak mungkin keduanya berbalah
Kerna mesra mereka adalah abadi
8.30 am (10 Oktober 2007)
King's College London
PIMPINLAH, TUHAN
(sajak ini ditulis waktu segunung resah menerjah sekerdil jiwa)
Mengimbau masa silam
Tersentak dek jalan yang lurus
Pernah dahulu jalanku sangat mudah
Sambil berlari riang di jalan itu
Aku menatap kepiluan teman
Dan aku bahagia
Tuhan
Engkau ciptakan gaung di tengah jalan
Aku jua tak menyangka
Begini pula lorong yang akan kulalui
Tiada lagi keriangan lalu
Engkau Maha Adil
Semalamku kau beri suka
Temanku kau beri duka
Hari ini kau beri duka
Temanku kau beri suka
Lemah aku melangkah
Kuharus berlalu jua
Meneruskan perjalanan di jalan baru
Jalan serba payah
Tapi aku punya Kau Tuhan
Menemani saat kesepian
Menghibur kala kengiluan
Memimpin bila aku rebah tersungkur
Ya Tuhan
Berilah kekuatan
Biar aku melangkah gaung itu
Kurniakanlah ketenangan
Agar hati tak lagi kemurungan
Pimpinlah aku
Menuju puncak agung
11.50 am (8 Oktober 2007)
King's College London
Mengimbau masa silam
Tersentak dek jalan yang lurus
Pernah dahulu jalanku sangat mudah
Sambil berlari riang di jalan itu
Aku menatap kepiluan teman
Dan aku bahagia
Tuhan
Engkau ciptakan gaung di tengah jalan
Aku jua tak menyangka
Begini pula lorong yang akan kulalui
Tiada lagi keriangan lalu
Engkau Maha Adil
Semalamku kau beri suka
Temanku kau beri duka
Hari ini kau beri duka
Temanku kau beri suka
Lemah aku melangkah
Kuharus berlalu jua
Meneruskan perjalanan di jalan baru
Jalan serba payah
Tapi aku punya Kau Tuhan
Menemani saat kesepian
Menghibur kala kengiluan
Memimpin bila aku rebah tersungkur
Ya Tuhan
Berilah kekuatan
Biar aku melangkah gaung itu
Kurniakanlah ketenangan
Agar hati tak lagi kemurungan
Pimpinlah aku
Menuju puncak agung
11.50 am (8 Oktober 2007)
King's College London
AKU HAMBA YANG..
(sajak ini ditulis secara berperingkat)
Aku hamba yang berasal dari air mani buatan Tuhan
Aku hamba yang diciptakan Tuhan
Aku hamba yang dikeluarkan dari perut oleh Tuhan
Aku hamba yang ditangiskan oleh Tuhan
Aku hamba yang mengecap nikmat dari Tuhan
Aku hamba yang dibesarkan oleh Tuhan
Aku hamba yang dididik oleh Tuhan
Aku hamba yang ditemani oleh Tuhan
Aku hamba yang diberi kebahagiaan oleh Tuhan
Aku hamba yang mengharap segala dari Tuhan
Aku hamba yang memiliki keluarga kurniaan Tuhan
Aku hamba yang mempunyai teman-teman yang diberikan Tuhan
Aku hamba yang setiap nafasku disambung oleh Tuhan
Aku hamba yang melangkah dengan kaki sempurna ciptaan Tuhan
Aku hamba yang mampu bersekolah dengan izin Tuhan
Aku hamba yang makan minum dijaga oleh Tuhan
Aku hamba yang memakai pakaian kurniaan Tuhan
Aku hamba yang melihat dengan mata ciptaan Tuhan
Aku hamba yang menghidu dengan hidung ciptaan Tuhan
Aku hamba yang melafaz dengan mulut ciptaan Tuhan
Aku hamba yang mendengar dengan telinga ciptaan Tuhan
Aku hamba yang sempurna tubuh badan kerana Tuhan
Aku hamba yang diizinkan tidur oleh Tuhan
Aku hamba yang masih disedarkan oleh Tuhan
Aku hamba yang dikurniakan akal oleh Tuhan
Aku hamba yang diberikan kefahaman oleh Tuhan
Aku hamba yang kejayaanku ditentukan Tuhan
Aku hamba yang mendapat segalanya dari Tuhan
Tapi
Aku hamba yang bagaikan tidak dicipta oleh Tuhan
Aku hamba yang sering melupakan Tuhan
Aku hamba yang kerap berjanji kosong dengan Tuhan
Aku hamba yang melanggar setiap aturan Tuhan
Aku hamba yang memarahi takdir Tuhan
Aku hamba yang membenci undang-undang Tuhan
Aku hamba yang banyak dosa dengan Tuhan
Aku hamba yang mengeluh dengan ujian Tuhan
Aku hamba yang berasa tidak pernah cukup dengan nikmat Tuhan
Aku hamba yang menzalimi hukum Tuhan
Aku hamba yang berasa sombong dengan Tuhan
Aku hamba yang mengundang murka Tuhan
Aku hamba yang meminta kala aku meninggalkan Tuhan
Aku hamba yang jauh dari syurga Tuhan
Aku hamba yang menghentam segala pemberian Tuhan
Aku hamba yang jahil akan mengenal Tuhan
Aku hamba yang melupakan kasih sayang Tuhan
Aku hamba yang penuh kebencian pada Tuhan
Aku hamba yang membelakangi Tuhan
Aku hamba yang langsung tidak menyedari kehadiran Tuhan
Aku hamba yang bersangka buruk pada Tuhan
Aku hamba yang serng lari dari Tuhan
Aku hamba yang makin jauh dengan rahmat Tuhan
Aku hamba yang makin menghampiri neraka Tuhan
9.00 am (10 Oktober 2007)
King's College London
Aku hamba yang berasal dari air mani buatan Tuhan
Aku hamba yang diciptakan Tuhan
Aku hamba yang dikeluarkan dari perut oleh Tuhan
Aku hamba yang ditangiskan oleh Tuhan
Aku hamba yang mengecap nikmat dari Tuhan
Aku hamba yang dibesarkan oleh Tuhan
Aku hamba yang dididik oleh Tuhan
Aku hamba yang ditemani oleh Tuhan
Aku hamba yang diberi kebahagiaan oleh Tuhan
Aku hamba yang mengharap segala dari Tuhan
Aku hamba yang memiliki keluarga kurniaan Tuhan
Aku hamba yang mempunyai teman-teman yang diberikan Tuhan
Aku hamba yang setiap nafasku disambung oleh Tuhan
Aku hamba yang melangkah dengan kaki sempurna ciptaan Tuhan
Aku hamba yang mampu bersekolah dengan izin Tuhan
Aku hamba yang makan minum dijaga oleh Tuhan
Aku hamba yang memakai pakaian kurniaan Tuhan
Aku hamba yang melihat dengan mata ciptaan Tuhan
Aku hamba yang menghidu dengan hidung ciptaan Tuhan
Aku hamba yang melafaz dengan mulut ciptaan Tuhan
Aku hamba yang mendengar dengan telinga ciptaan Tuhan
Aku hamba yang sempurna tubuh badan kerana Tuhan
Aku hamba yang diizinkan tidur oleh Tuhan
Aku hamba yang masih disedarkan oleh Tuhan
Aku hamba yang dikurniakan akal oleh Tuhan
Aku hamba yang diberikan kefahaman oleh Tuhan
Aku hamba yang kejayaanku ditentukan Tuhan
Aku hamba yang mendapat segalanya dari Tuhan
Tapi
Aku hamba yang bagaikan tidak dicipta oleh Tuhan
Aku hamba yang sering melupakan Tuhan
Aku hamba yang kerap berjanji kosong dengan Tuhan
Aku hamba yang melanggar setiap aturan Tuhan
Aku hamba yang memarahi takdir Tuhan
Aku hamba yang membenci undang-undang Tuhan
Aku hamba yang banyak dosa dengan Tuhan
Aku hamba yang mengeluh dengan ujian Tuhan
Aku hamba yang berasa tidak pernah cukup dengan nikmat Tuhan
Aku hamba yang menzalimi hukum Tuhan
Aku hamba yang berasa sombong dengan Tuhan
Aku hamba yang mengundang murka Tuhan
Aku hamba yang meminta kala aku meninggalkan Tuhan
Aku hamba yang jauh dari syurga Tuhan
Aku hamba yang menghentam segala pemberian Tuhan
Aku hamba yang jahil akan mengenal Tuhan
Aku hamba yang melupakan kasih sayang Tuhan
Aku hamba yang penuh kebencian pada Tuhan
Aku hamba yang membelakangi Tuhan
Aku hamba yang langsung tidak menyedari kehadiran Tuhan
Aku hamba yang bersangka buruk pada Tuhan
Aku hamba yang serng lari dari Tuhan
Aku hamba yang makin jauh dengan rahmat Tuhan
Aku hamba yang makin menghampiri neraka Tuhan
9.00 am (10 Oktober 2007)
King's College London
JANJI RAMADHAN
(setiap kali tiba Ramadhan, setiap kali itulah aku melepaskannya)
Kugagahi
Melangkah penuh persoalan
Yang dahulu belum terjawab
Yang sekarang kian mendakap erat
Soalan yang menghapus ketenangan
Ramadhan ini
Tuhan sendiri menjadi saksi
Janjiku yang beribu
Tiap kali ia tiba
Aku berjanji padaNya
Mesti lenyap segala dosa
Pasti menggunung pahala nanti
Ini Ramadhan terbaik
Ramadhan datang sudah
Dan aku masih terlelap
Bersama jiwa yang lesu
Hari demi hari aku tempuh
Janji demi janji aku rempuh
Ramadhan kini akan berlabuh
Dan aku baru terjaga
Bersama mimpi-mimpi indah
Yang aku akan ceritakan kepadanya
Aku lantas bertanya
Kerna sudah lama ku mahu bersua dengannya
Sedang hati sudah tahu
Ramadhan ini hampir pergi
Bagai menafikan Tuhan Yang Tahu
Tapi semakin aku mendekati
Semakin ia hilang
Aku menjamah kosong
Dia sudah pergi
Dan aku masih jua sama
Seperti aku yang dulu
Walau Ramadhan datang kepadaku
Tapi tak sudi ku bermesra dengannya
Dia kini sudah tiada
Janji dengan Tuhan bagaimana?
12.30 am (7 Oktober 2007)
King’s College London
Kugagahi
Melangkah penuh persoalan
Yang dahulu belum terjawab
Yang sekarang kian mendakap erat
Soalan yang menghapus ketenangan
Ramadhan ini
Tuhan sendiri menjadi saksi
Janjiku yang beribu
Tiap kali ia tiba
Aku berjanji padaNya
Mesti lenyap segala dosa
Pasti menggunung pahala nanti
Ini Ramadhan terbaik
Ramadhan datang sudah
Dan aku masih terlelap
Bersama jiwa yang lesu
Hari demi hari aku tempuh
Janji demi janji aku rempuh
Ramadhan kini akan berlabuh
Dan aku baru terjaga
Bersama mimpi-mimpi indah
Yang aku akan ceritakan kepadanya
Aku lantas bertanya
Kerna sudah lama ku mahu bersua dengannya
Sedang hati sudah tahu
Ramadhan ini hampir pergi
Bagai menafikan Tuhan Yang Tahu
Tapi semakin aku mendekati
Semakin ia hilang
Aku menjamah kosong
Dia sudah pergi
Dan aku masih jua sama
Seperti aku yang dulu
Walau Ramadhan datang kepadaku
Tapi tak sudi ku bermesra dengannya
Dia kini sudah tiada
Janji dengan Tuhan bagaimana?
12.30 am (7 Oktober 2007)
King’s College London
MENGENANGMU IJAK
(sajak ini dihadiahkan kepada bekas teman sebilikku yang telah berkongsi jerih-perih selama 2 tahun di KMB, Nur Izat Muhamad)
Mendongak ke langit
Hanya bintang lesu di situ
Menjeling ke bumi
Ada sekeping tanah gersang
Hati resah
Bila kasih dan benci berpadu
Kasihkan ikatan kukuh
Bencikan perpisahan ini
Sungguh teman
Lama aku berjalan mencari
Sebutir bintang yang sinarnya takkan malap
Secebis tanah yang suburnya takkan ada penghujung
Agar nanti hidupku ditemani cahaya
Jua bisa menumpang di tanah yang subur
Ya, aku menemuinya di sini
Nyata ia lebih dari apa yang kuharap
Tuhan hadiahkanku mega sinar mentari
Tuhan berikanku ladang untuk bermain
Aku berterima kasih pada Tuhan
Aku kini punya kau teman
Bercahaya dalam kemalapan
Walau ada detiknya kau lemah
Tapi kau masih jua berusaha
Memberi sinar dalam samar
Saat ini
Cahaya itu harus tiada
Tanah itu takkan menjadi milikku selamanya
Kerna aku bukan hidup seorang
Ada lagi yang dalam kegelapan
Ada lagi yang dalam kegersangan
Teman
Walau kau tiada di sini nanti
Tapi kau dulu berikanku pelita
Meski sinarnya tak segagah suria pagi
Namun cukup untuk aku tempuh jalan gelapku
Dan kau hadiahkan secebis tanah subur
Agar dengannya aku bisa menuai
Kala aku keseorangan
Terima kasih teman
Percayalah
Pasti Tuhan menemukan lagi kita
Kerna ikatan ini untuk Tuhan
Namun andai nanti tiada lagi ruang untuk kita
Kau tetap dalam ingatan
Ikatan kita tak akan putus
Cahayamu tak pernah padam
11.40 am (7 Oktober 2007)
King's College London
Mendongak ke langit
Hanya bintang lesu di situ
Menjeling ke bumi
Ada sekeping tanah gersang
Hati resah
Bila kasih dan benci berpadu
Kasihkan ikatan kukuh
Bencikan perpisahan ini
Sungguh teman
Lama aku berjalan mencari
Sebutir bintang yang sinarnya takkan malap
Secebis tanah yang suburnya takkan ada penghujung
Agar nanti hidupku ditemani cahaya
Jua bisa menumpang di tanah yang subur
Ya, aku menemuinya di sini
Nyata ia lebih dari apa yang kuharap
Tuhan hadiahkanku mega sinar mentari
Tuhan berikanku ladang untuk bermain
Aku berterima kasih pada Tuhan
Aku kini punya kau teman
Bercahaya dalam kemalapan
Walau ada detiknya kau lemah
Tapi kau masih jua berusaha
Memberi sinar dalam samar
Saat ini
Cahaya itu harus tiada
Tanah itu takkan menjadi milikku selamanya
Kerna aku bukan hidup seorang
Ada lagi yang dalam kegelapan
Ada lagi yang dalam kegersangan
Teman
Walau kau tiada di sini nanti
Tapi kau dulu berikanku pelita
Meski sinarnya tak segagah suria pagi
Namun cukup untuk aku tempuh jalan gelapku
Dan kau hadiahkan secebis tanah subur
Agar dengannya aku bisa menuai
Kala aku keseorangan
Terima kasih teman
Percayalah
Pasti Tuhan menemukan lagi kita
Kerna ikatan ini untuk Tuhan
Namun andai nanti tiada lagi ruang untuk kita
Kau tetap dalam ingatan
Ikatan kita tak akan putus
Cahayamu tak pernah padam
11.40 am (7 Oktober 2007)
King's College London
BENAR DAN SILAP
(sajak ini sebenarnya telah ditulis buat kali kedua setelah yang pertamanya hilang tanpa kesan)
Dalam hidup ini
Terkadang kita benar
Selalunya silap lebih layak untuk kita
Benar dan silap
Siapa bisa menduga
Mana yang benar
Mana yang silap
Hanya Dia tahu
Apa itu benar?
Apa itu silap?
Jawapannya pada Dia
Maka bertanyalah padaNya
Tapi kita sombong
Konon tahu benar
Konon faham silap
Setelah benar dan silap menjelma
Baru mengerti
Andai benar ditegar
Betullah jalan
Jika silap didakap
Salahlah jalan
Percayalah
Dia lebih tahu
Benar dan silap
Seringkali bertembung
Datang beriringan
Dan kita punya ruang
Yang mana harus diambil
Maka penuhilah ruang itu
Sebelum benar menjadi silap
Sebelum silap menjadi benar
Benar dan silap
Tak mungkin keduanya dipilih
Tak mungkin keduanya bermesra
Tapi Dia juga yang tahu
10.50 am (7 Oktober 2007)
King's College London
Dalam hidup ini
Terkadang kita benar
Selalunya silap lebih layak untuk kita
Benar dan silap
Siapa bisa menduga
Mana yang benar
Mana yang silap
Hanya Dia tahu
Apa itu benar?
Apa itu silap?
Jawapannya pada Dia
Maka bertanyalah padaNya
Tapi kita sombong
Konon tahu benar
Konon faham silap
Setelah benar dan silap menjelma
Baru mengerti
Andai benar ditegar
Betullah jalan
Jika silap didakap
Salahlah jalan
Percayalah
Dia lebih tahu
Benar dan silap
Seringkali bertembung
Datang beriringan
Dan kita punya ruang
Yang mana harus diambil
Maka penuhilah ruang itu
Sebelum benar menjadi silap
Sebelum silap menjadi benar
Benar dan silap
Tak mungkin keduanya dipilih
Tak mungkin keduanya bermesra
Tapi Dia juga yang tahu
10.50 am (7 Oktober 2007)
King's College London
Subscribe to:
Posts (Atom)