(temuilah lorong yang sempit itu dan jejaklah ia hingga ke destinasi)
Sekian banyak jalan telah Tuhan hamparkan
Lebih banyak pula lorong yang bercabang darinya
Dan setiapnya ada sahaja manusia yang menapak
Kerna mereka punya pilihan sendiri
Pilihan titisan cinta dari Tuhan
Dan manusialah yang perlu membuat pilihan
Beribu lorong telah mereka temui
Ada satu di situ yang lain
Dan lorong yang satu itu
Adalah lorong pilihan Tuhan
Kerna Dia sendiri menjaga siapa yang memilihnya
Namun tidak banyak manusia ingin melaluinya
Kerna lorong itu tak semudah yang dirasa
Jua tak sesenang lorang yang lain
Setiap yang melangkah di lorong itu
Pasti nanti merasa pedihnya ranjau yang beribu
Sayang ramai yang kandas di tengahnya
Lorong itu lorong yang dijanjikanTuhan
Hanya dengannya manusia bahagia bertemu Tuhan kelak
Pasti sekerat dari jutaan yang tabah melaluinya
Yang sekerat ini jua Tuhan yang memilih mereka
Dan Tuhan hadiahkan mereka dengan onak sebagai tanda cinta
Hati penuh redha, apa sahaja mereka sambut
Nanti hadiah yang lebih besar buat pejalan di lorong itu
Kerna itulah janji Tuhan yang pasti
Semoga lorong itu ramai yang ingin memilihnya
Banyak jua yang belum tahu akan lorong itu
Beritakanlah pada mereka tentangnya
Agar nanti seiring bersama
Kita menelusuri lorong ke syurga itu
3 Februari 2008 (2.30 pm)
King’s College London
No comments:
Post a Comment