Wednesday, 27 February 2008

BANGUNLAH, USAH JATUH LAGI

(sudah nama pun jatuh, maka pasti ada bangunnya)

Semalaman aku temani kau meratap hiba pada bulan
Kutahu engkau derita dalam lilitan kepuraan
Lantas kau menyendiri dalam kegelapan lembah
Dan aku tidak mampu meredakannya sedikit pun
Sebab itu bulan minta kau bicara padanya

Bulan pun tiada bisa berbuat apa
Kerna semangat hidupnya hadir dari matahari
Aku lihat betapa ia mahu memujuk hatimu yang lara
Walau dirinya sedar ia sekadar menumpang
Apa sangatlah kudratnya itu

Sendu aku melihat engkau begini
Telah engkau bawa hatimu bertemu bintang
Tapi ia turut merana dalam kepayahan kerdipnya
Aku tahu semua mereka derita
Dan aku tahu engkau lebih sengsara

Hari ini matahari datang menghadapmu
Sungguh ia tidak jua sanggup membilang air mata
Mahu saja dikeringkan laut andai itu punca kesedihan
Maka bangun dan bicaralah sepatah padanya
Kerna nanti ia jua tidak lagi bisa menghiburmu

10.45 pm (27 Februari 2008)
King's College London

1 comment:

Anonymous said...

ishh.. motif? suka2 buat kesimpulan sendiri =D

Papepun, jzkk =)