Tuesday, 5 February 2008

API

(ramai juga yang gentar akan api)

Api dunia
Manusia tiada endah nyalanya
Manusia tak tahu gerun padanya
Manusia sekadar memandang hampa
Manusia cukup berlari sedepa
Manusia degil untuk merasa
Manusia pantas menghapus selaksa
Ah api dunia

Api neraka
Manusia nanti nyala dengannya
Manusia pasti tahu gerunnya
Manusia hampa terpacak bertapa
Manusia tak mahu diri disapa
Manusia patuh untuk terseksa
Manusia langsung merana dipaksa
Oh api neraka

5 Februari 2008 (11.00 pm)
King's College London

No comments: