Sunday, 2 November 2008

MENELAN DERITA

(semoga Tuhan bersamamu)

Telah kami lihat
Kau membelah derita, seorang
Pilu tangismu semalam
Masih lagi mengesak
Dalam gegak dunia

Kami mahu menyapa
Kerana agung tekunmu
Menelan hirisan kedana
Pedih yang perit
Kau kenyang dengannya
Walau tak berair bahagia

Oh si fakir
Mahukah kami bersedih denganmu?
Yang tak kenal nikmat harta
Padahal yang sedang kau mamah
Adalah hidangan syurga

2 November 2008 (8.20 am)
Playford Road, London.

2 comments:

Anonymous said...

waqie...tibe2 terharu ngan sajak waqie nih..mana dapat idea..share r..

pemburu syurga said...

tema kemiskinan sgt klise, jadinya sy cuba mengubah pandangan terhadap kemiskinan itu sendiri..ini adalah utk isacstudio.