(wahai para pejuang Islam, cukuplah mengandungkan agama tanpa rela- kalaulah benar setiap kezaliman itu berpunca dari tangan-tangan kita)
Pada hari kita membilang detik kemenangan
Kau tegar tidak mahu berubah
Tajam hati yang konon bijaksana
Kau ganti dengan senapang dan peluru
Membedil sekecil-kecil jasad
Hingga si ibu hanya tahu darah dan dendam
Islam menjadi pelacur-pelacur jalanan
Yang bebas kau usung ke sana ke mari
Engkaulah sebenarnya penderhaka syurga
Mendesak nafsu menjadi raja
Wahai syaitan-syaitan yang bergelar mujahidin!
Bodohlah engkau kalau mahu berjuang
Mengejar keredhaan Tuhan
Padahal jasadmu sedang menjadi saksi
Kerakusan engkau memperkosa agama
Bukan rela Islam beranak syaitan
Meraba menjadi biasa
Merogol serasa tak berdosa
Dan dia sebenarnya sedang merintih
Kalau pemiliknya sendiri yang curang
Mengaku berasal dari syurga
Tapi akhirnya menjadi pemerkosa
28 November 2008 (12.00 pm)
Playford Road, London
4 comments:
meraba menjadi biasa
merogol serasa tak berdosa
mengaku berasal dari syurga
tapi akhirnya menjadi pemerkosa
tersentuh hati ini
harap ada jalan utk kembali
jalan utk kembali tak pernah tertutup, cuma mahu atau tidak sahaja=)
wah, agak kasar puitismu kali ini, hai akhi!!
tapi sgt mendalam maksudnya... amat berguna untuk dihayati!!
jazakallah khair!
gabbana,
mari kita hentikan panggilan terrorist yg diberi kpd islam itu!!
Post a Comment