Sunday, 16 November 2008

POTRET JAHILIYAH

(dengan rendah hatinya didedikasikan buat diri sendiri, teman-teman jua Pali, Epi, Iman, Acip dan Amri yang semuanya telah menyertai program Sayonara Jahiliyah 2008)

Membelek lembaran semalam
Ada sesal terukir di wajah yang berdosa
Ada insaf terbit dari hati yang gelita
Gelisah engkau pada jahiliyah yang terlakar
Menjadi potret indah untuk kau banggakan saban hari

Jahiliyah demi jahiliyah
Yang terlukis oleh tanganmu sendiri
Kelmarin seperti tidak mahu berhenti
Asyikmu pada warna-warna dosa
Sedang suram hati makin hitam
Bergelap dalam cahaya Islam

Hari ini
Tahulah engkau sebenarnya mencorak dosa
Untuk persembahan buat Pencipta
Bila sampai detik kembali padaNya
Tanyalah iman yang masih tersisa
Mahukah Dia merestu potretmu itu?
Atau hanya memandangmu sepi
Bahkan terhina di bawah murka

Pada lembaran hidup yang seterusnya
Sedarlah warna Islam bukan untuk hiasan tepi
Kerana itulah yang mencantikkan potret amal
Dan warna jahiliyah usah lagi ada
Yang nanti akhirnya tetap sama
Seperti lembaran-lembaran semalam

Ketika lembaran Islam mula kau tatap
Akan ia menebal menyimpan potret redha
Buat ingatan ketika engkau kehilangan
Semangat sebagai seorang Muslim
Buat inspirasi untuk kau teguh berdiri
Dalam getir jahiliyah yang tak tersangka

-maaf, tidak berkesempatan memberikan tulisan ini pada kalian-

16 Noember 2008 (1.40 pm)
Playford Road, London.

4 comments:

Anonymous said...

salam wrt.

telah sekian lama x melawat blog super power nih..hehe..

subhanallah moga2 usaha yang dilakukan menjadi asbab kepada hidayah bukan sahaja untuk orang lain malah untuk penigkatan iman dan amal kita. Kadangkala usaha yang dilakukan tidak nampak hasilnya skrng tp insyaALLAH akan diganjari ALLAH. Aslkan niatnya ikhlas dan caranya syarie'.

Alangkah indah jika dapat dikongsi bersama isi Sayonara Jahiliyyah.

Salam rindu dari Soton.

pemburu syurga said...

wsalam wbt,
terima kasih incik anonymous.

alhamdulillah segalanya berjalan lancar semalam, semoga diterima sebagai satu ibadat jua.

inshaAllah jika berkesempatan akan dikongsi di sini, doa2kan dipermudah urusan ya.

salam lama tidak bersua dari tanah tempat belajar=)

Anonymous said...

semoga jahiliyyah itu dikambus jauh ke perut bumi agar tidak bisa mengekori diri lagi..

a useful video by a sister who i admire..

http://uk.youtube.com/watch?v=bXYDzrXzsJE&feature=related

pemburu syurga said...

jzkk ukhti atas perkongsian tersebut..