Sunday, 14 December 2008

RINDU, AYAH!

Ayah. Saat ini aku sangat rindu padamu. Entah mengapa setiap laku seperti mengingatkan aku padamu. Ketika aku memerlukan tempat untuk bercerita, engkau tiada di samping. Sedangkan aku perlu gagah untuk menadah cerita-cerita duka dari manusia lain, namun aku juga punya cerita yang lebih perit. Kalaulah mereka semua sepertimu, memahami dan menyokong, pasti sahaja mahu aku kongsikan semua yang telah aku lalui. Tapi mereka tidak sepertimu, ayah, yang mampu ceria dalam air mataku dan tahu bila aku jatuh. Jatuh yang sendiri.

Ayah, semalam telah aku alami suatu yang menyeksakan, tapi tak tahu pada siapa harus aku beritakan. Mereka seperti memahami tetapi sebenarnya tidak. Aku yakin bukanlah mereka sepertimu, bahkan ada yang ketawa bila semangatku turut goyah. Tak mungkin akan aku ceritakan pada manusia-manusia seperti itu. Aku seolah-olah hilang sekarang, ayah. Cepatlah pulang agar dapat aku luahkan segala kejadian dahsyat yang aku simpan sekian lama. Rindu, ayah!

6 comments:

Anonymous said...

salam boh..

insyaAllah, moga Allah ringankan segala beban tuan hamba.. tp igt boh, ade tempat lagi utk kite ngadu masalah, kat Allah..

moga Allah bg kekuatan kt demo.. ameen..

hamba yg pasti boh knl

Anonymous said...

semoga ALLAH mmberikn ketabahan yg brpanjangan utk saudara pemburu..

bukan namanya laut kalau tidak berombak

tidak brnama manusia kalau hidup tidak diduga

moga kekuatan sentiasa dlm hati kamu=)

mohd shazli mohd zaini said...

uit waqi,

sory lama x singgah blog mu, aku sibuk skit, baru abis weding bro aku rini.

aku nampak ader improvement kat blog mu, ader cerpen mini dah. hehhee... kalo x org gi blog mu ni nak amik aspirasi sajak mu jer... huahuahuah....


alrite bro,
salam

shaz
keramat,kl

pemburu syurga said...

wassalam deris,

jzkk atas peringatan tu boh! byk sgt benda blaku tahun ni, doakan dipermudah urusan kawe.

incik anonymous,

bukannya nama manusia kalau tiada rasa bila diduga..

shaz,

itu luah hati r bro, bukan cerpen. btw aku gi leeds last week tp skali lg ko menghampakan aku sbb balik mesia. abes minyak kete je g jln2 umah ko. haha

Anonymous said...

salam ketabahan saudara pemburu

salam maal hijrah=)

pemburu syurga said...

terima kasih incik anonymous lagi;)