Monday 8 December 2008

ANTARA DUA KORBAN

(memilih hidup yang susah)

Dilayan tetamu rasa
Jasad di rumah nanti terabai
Mana mungkin boleh ditatap kedua
Sebab bukanlah aku seperti Ibrahim

Menziarah mahligai sayang
Tercicir mimpi di simpang
Entah mampu dipegang kedua
Sebab bukanlah aku seperti Muhammad

Antara rasa dan jasad
Tuhan, tak dapat aku sembelih kedua
Kerna tanpa hidupnya jasad
Di mana mahu kuletak rasa?

Antara sayang dan mimpi
Benarkah harus aku korbankan satu?
Sedang luluh jiwa ditipu sayang
Dan mimpi telah aku jagakan

8 Disember 2008 (2.50 pm)
Playford Road, London.

5 comments:

Anonymous said...

antara cinta dan kasih
haruskah ku turutkan satu
sedang jiwa dibakar amarah
dan sayang telah aku bunuh

keras ego inikah yg mesti dikorbankan ya ALLAH?

Anonymous said...

This very first entry yang saya tak dapat nak paham..wah, encik pemburu sudah terlalu hebat bahasanya..ish2..

-yang masih cuba memahami.

Anonymous said...

Agak tinggi lah... akak kne baca lagi nih utk tangkap maksud! hehe

Anonymous said...

Tibe2 nk tau sape yek kak diana ni? Rasa macam selalu ku dengar namanya..hehe..tak kisah la menyibuk kat comment box nih, saje je nak tau..

pemburu syurga said...

incik anonymous 1,
saya sudah kepeningan membaca rangkap tambahan itu..bule jelaskan ke? hihu

incik anonymous 2,
mungkin diksi-diksi yg saya gunakan kurang tepat dlm sajak ini, atau mungkin jika incik berada di tempat saya makanya incik akan lebih mudah memahami=)

Kak Diana,
rajin betul nak paham2 sajak ya..baca shj sudeh;)

(btw, Kak Diana adalah kenalan saya semasa kembara di bumi Anbiya' bulan Julai lalu..kan?)