Friday 28 March 2008

ANDAI ESOK KIAMAT

(mampukah aku berubah?)

Andai esok kiamat
Aku mahu lari
Ke negeri yang jauh
Jua milik Tuhan?

Andai esok kiamat
Aku mahu tangis
Merona tujuh laut merah
Tapi hari ini sudah kering

Andai esok kiamat
Aku mahu mati
Dalam dakap kasih sahabat
Yang tahu peritnya aku

Andai esok kiamat
Aku mahu berbuat segala
Pun semua Tuhan gembala
Mampu atau tidak?

28 Mac 2008 (6.15 pm)
King's College London

2 comments:

j477 said...

sajak ini telah dideklamasikan oleh pok jak dan aku di hadapan lbh kurang 100 lebiy org kat rcsi sempena Malam Apresiasi Seni Asosiasi Islam (MASAI)
Sambutan hangat dowh...

pemburu syurga said...

hahaha..
asal keras semacam je korang deklamasi?
btw tahniah n thanks bro..=)