Tuesday 4 May 2010

KENANGAN YANG MEMBINA UKHWAH

(terima kasih, teman-teman)

Lama betul tak tulis tentang perkara-perkara yang membahagiakan di sini. Tadi ketika mahu dihilangkan rasa mengantuk semasa ralit menghadap soalan-soalan ujian, tertonton pula sebuah video lama, tidaklah lama benar sebetulnya. Tapi ia cukup mengharukan. Tentang ikatan yang pelik tapi benar. Sebuah kisah tentang makhluk-makhluk yang bercinta kerana Tuhan mereka.



Oh melihatkan video ini, terkenang pada lompatan-lompatan bersama Andhar yang cukup mengebilkan mata mak ayah kalau mereka menontonnya. Pada usikan manja Aqmin yang menghadiahkan senyum dan gelak tawa. Pada berdebarnya hati seorang co-pilot yang terpaksa menemani Aizat memandu pada larut malam, terus co-pilot itu menjadi 'Sleeping Beauty' di sisi Aizat. Dan Aizat? 'No comment' dan senyum semata bila 'bekas' co-pilot nya terjaga.

Pada adik-adik lain yang tak tersenarai di sini, Hamidi dengan 'cool' dan 'noks' beliau, Za'ba yang gemar berjalan sendiri dan kadang saya cuba mengusiknya, Shukri akan senyumnya yang dikatakan manis oleh Roslan (eh, aku lagi manis kot, dah sah-sah orang Kelantan kan, ops!).

Pada adik-adik yang bakal bergelar doktor, Fathul yang suka berceloteh, kadang menari-nari bersama beliau dalam lebat salji sebab mahu dihangatkan badan. Fakhri pula dengan bantalnya yang setia beropol-ropol, jua gaya fesyen yang tak mahu kalah!

Pada adik-adik Portsmouth yang menyertai dari kejauhan merantau ke tanah London. Pada Qassim yang suka berbual dalam bahasa Germany dan France (walaupun saya tak mengerti ya), Yazid dengan skaf pink-ungu-putih beliau yang sentiasa meletup bersama penutup telinga putih yang sangat *****. Juga Ayie dengan p*r*t beliau yang sangat disayangi hingga dibawa ke mana-mana sahaja, katanya saya punya pun lebih kurang dia punya (banyak betul fitnah di akhir zaman). Tapi 'still' mahu melompat-lompat si Ayie ni bila bergambar:)

Pada Ikmal yang menyertai kami sedikit lewat, namun muka 'blank' dan 'blur' Ikmal sudah cukup bercerita tentang dirinya. Haha. Oh jua Muzal yang sangat takut dengan saya, entah apalah dosa saya ketika bermain bersamanya sewaktu kecil dulu hingga dia memanggil saya 'Abang'. Oh sungguh apakah.

Oh tidak dilupa kepada ikhwah-ikhwah Playford Road, ABANG Roslan, Adam E, Hazwan, Adam H, Amri, Iman, Epi, Pali dan Shah. Yang menjadikan dunia ini lebih indah daripada segala isinya, yang mengajarkan makna ukhwah itu sendiri, yang telah membina kenangan bersama-sama untuk saya mendepani hari-hari muka. Oh sayunya pula.

(ps; setiap kali video ini ditonton, setiap kali itulah wayang kenangan dipentaskan dalam benak dan hati saya)

King's College London.

6 comments:

Yazid Fauzi said...

*swoon*

"Yazid dengan skaf pink-ungu-putih beliau yang sentiasa meletup bersama penutup telinga putih yang sangat *****"

yang bintang bintang tu apa?melertz ea?terima kasih.hikhik

btw,rindu jugak pada jaulah ini.detik awal perkenalan yang apabila ditatap dan diingat kembali,mengimbas memori dan menjentik hati.hati yang dipaut rasa cinta;ternyata bukan cinta biasa.Cinta pada Yang Esa.=)


*oh ya,teringat juga pada abg waqi yang berlakon semasa PMS itu.penuh perasaan wataknya walaupun penonton kadangkala gelak entah mengapa.mungkin tidak terkesan barangkali?oh tidak kesah.yang penting hati.dan senyuman yang menggoncang hati.owh.=)

shukek said...

ooooh saya tahu kenapa waqi suka bangat sama video nih! sbb most gambar ada waqi!!hehehe :))

lampu-meja said...

heeeelllllowwww meeellllowwww yeeellllowwww....

"Pada berdebarnya hati seorang co-pilot yang terpaksa menemani Aizat memandu pada larut malam, terus co-pilot itu menjadi 'Sleeping Beauty' di sisi Aizat. Dan Aizat? 'No comment' dan senyum semata bila 'bekas' co-pilot nya terjaga."

no comment n senyum selepas BERSYUKUR co-pilotnya telah tersedar dari ulitkan mimpi...hehe...

wah...rindu saat2 itu kembali..:)

pemburu syurga said...

yazid, sangat benar sekali! kenangan memakai skaf yazid yang sungguh tak dapat dilupakan. yazid letak gambar tu kat blog ya, aduh!

shukek, dah banyak kali saya mengelak daripada menjadi bahan liputan media. tapi mereka ada di mana-mana. oh apakan daya=D

lampu-meja, tu belum kira pengorbanan seorang co-pilot terpaksa duduk cokoh mengadap peminat-peminat setia di belakang semata-mata mahu mengetahui sejarah hidup saya:)

Si Pencari... said...

p*r*t... hahah... cis...

alhamduliullah... nikmat yang allah beri terlalu banyak... melimpah ruah...

pemburu syurga said...

erk p*r*t tu pun nikmat ke ayie? ke azab? kakaka