Sunday 10 May 2009

BILA MA CALL

(Ma, Selamat Hari Ibu)

Bila ma call
Aku boleh tahu
Soalan pertama;
Segar ke?
Soalan kedua;
Duit ada ke?

Menjawab dua itu
Ma diam
Aku mencelah
Ma bagaimana?
Ayah?
Kakak yang tiga?
Abang?
Adik berempat?
Rumah?

Menjawab semua
Ma diam lagi
Aku menambah
Padang Bukit?
Banggol Kulim?
Kursus ayah?
Kerja ma?
Kakak, abang, adik
Balik kampung?

Menjawab semua
Terasa lama pula
Ma mahu berhenti
Pesannya;
Sampaikan salam pada kawan
Pintaku;
Doakan ya

Habis beri salam
Ma diam lagi
Aku menjawab
Ma menunggu
Agar aku meletak dulu
Aku pun begitu
Menunggu Ma dulu

Aku letak
Aku menung
Soalku;
Aku tanya banyak
Hanya untuk tahu?
Ma call sekejap
Tapi sebab rindu?

10 Mei 2009 (11.10 pm)
Playford Road, London.

9 comments:

nur izat said...

terbaik la rumet...terharu jgk aku baco entry ni...
meme gitu pun jd setiap kali call umah...

pemburu syurga said...

samo2lah kito rumet tu;) jupo mesia nati!

Liyana said...

sedap tulisan ini.. salam ziarah ^^

DM said...

salam pemburu..teringat plak saya pada sajak ibu kamu yang sebelum nih..hehe..kalo repost skali lagi mesti best gak kan?

Oh, mungkin kamu tak ingat kot..selalunya pun, peminat je yang ingat tulisan penyajak kot..betul tak?

Moga success selalu..chayo2!!

bbj said...

DM,mana mungkin Penulis lupa akan apa yang telah ditulisnya..tak gitu waqi?

Anonymous said...

pemburu2 saya peminat awak juga!

pemburu syurga said...

DM & bbj, saya sangat mengenali kalian walaupun berselindung di sebalik nama. oh ya DM benar kata bbj. hatta sesetengahnya saya hafal. ingatkah anda pada 'HITAM'?

puding caramel & anonymous, terima kasih daun keladi=)

DM said...

err..cuaks nye la plak..okay2, saya tak tahu ape2 pasal "HITAM"..huhu..(dengan nada innocent)

Adakah kamu begitu pasti??hhmm..
Next time kena guna nama lain la plak..

pemburu syurga said...

dua tahun bersama anda, masakan boleh dilupa!