Tuesday, 29 April 2008

LURAH DUNIA UNTUK LEMBAH NERAKA?

(Ya Allah, leraikan cintaku pada dunia)

Berat hati ini Tuhan
Untuk ditelusuri lurah sempit
Terasa ia diukir padu
Pada dinding sebuah gunung
Dan tidak kutahu
Dari mana pangkalnya
Ke mana hujungnya

Ya Tuhan
Hadirkan ribut semangat
Tiupkan gelombang syahadah
Merobohkan gunung yang maha besar ini
Biar airnya mengalir ke lurah
Menghanyutkan aku ke muara syurga

Tiba di sana
Aku pasti ditanya
Untuk apa membina sebuah gunung?
Sedang aku sendiri tahu sukarnya mendaki lurah
Untuk apa pula merintih di mahsyar?
Sedang di dunia tempat meminta

Kalau saat itu
Aku bisu
Aku malu
Aku lari jauh-jauh
Ke mana lagi mahu kutuju?
Kalau bukan ke lembah neraka?

29 April 2008 (3.00 pm)
King's College London

2 comments:

MC said...

"Ya Tuhan
Hadirkan ribut semangat
Tiupkan gelombang syahadah
Merobohkan gunung yang maha besar ini
Biar airnya mengalir ke lurah
Menghanyutkan aku ke muara syurga"

-amiinn (insha Allah)

"Kalau saat itu
Aku bisu
Aku malu
Ke mana lagi mahu kutuju?
Kalau bukan ke lembah neraka?"

-na'uzubillah min zaalik

(ntah ambo pahe dok maksud sebenar -huhu; Allahua'lam) :D

pemburu syurga said...

alhamdulillah anda nampaknya aktif memberi komen=)

ini antara sajak berpenakan rindu berdakwatkan air mata..

rangkap di bawah itu bagi saya bukan doa mahu ke neraka, tetapi lebih kepada ingatan utk diri sama2 berusaha menjauhkan diri dari perbuatan yg mendekatkan diri ke neraka=)

apa pun, terima kasih atas kunjungan saudara!!