Wednesday, 30 April 2008

GERABAK DOSA

(panjangnya tak terkira)

Gerabak-gerabak dosa
Bertolak dari sebuah kota syurga
Laju menghala ke gaung neraka

Gerabak-gerabak dosa
Dulu Adam yang memandu ia
Tapi katanya sudah penat mahu berehat
Mujur anak-anaknya ramai

Gerabak-gerabak dosa
Makin jauh dari kota, makin panjang ia
Makin laju pula dipandu anak Adam
Tapi semua tak tahu di mana mahu berhenti
Kesian, Adam lupa memberitahu?

Gerabak-gerabak dosa
Anak-anak perlu tahu untuk singgah
Nanti semua penat, semua mahu rehat
Dan ada pahala yang mahu bertemu
Melukut di sepanjang-panjang landasan

Gerabak-gerabak dosa
Anak-anak Adam pun sudah terlena
Penat menambah gerabak baru di tengah jalan
Sedang ia masih bergerak
Menghampiri gaung neraka

30 April 2008 (6.50 pm)
King's College London

5 comments:

Inche gabbana said...

Masha-allah... Very beautifully written! Dan sangat terkesan di jiwa! Syabas pemburu!

mohd shazli mohd zaini said...

salam waqi!


oklah kali ni serius aku komen pasal poem ko yg sgt best ni:

baik,komen saya adalah seperti berikut:

".............."

ok. sempena hari lahir aku ke21 1 Mei ni, aku sudah wat satu sajak yg sgt panjang ( kira 5 pages) menceritakn sedikit 'turning point' dlm hidup aku... lama woo aku buat tu... dlm 3 bulan gak.khas utk ulangtahun 'peristiwa itu'

ko bacalah, nanti ko faham kenapa aku teruk cenggini. anti-sosial etc.

btw, insyaAllah, aku try mai London dlm 17,18 Mei ( tiket aku 20 Mei). khas utk wat sate utk ko. kasi semua londoners yg lain kempunan!... huahauhauahaua......


salam.

pemburu syurga said...

gabbana,
terima kasih sudi membaca..semoga kesan di jiwa itu lama=)


shazli,
ko mmg mengecewakan aku r bab2 komen nih;)

dengan ini, aku sbg wakil JPA mengucapkan selamat hari lahir kt ko, smuga muudah jodoh;p

jgn lupe besday aku 18 may ni. cantek gak kalo ko nk wat sate arituh nanti..sila2 jgn malu2!!

mana sajaknya? bule aku tau sejarah hitam idup ko tuh..hihi

Anonymous said...

Cantik sajaknya. Kalay rajin kongsi2lah di GKLN =)

pemburu syurga said...

terima kasih sdr fahdrazy atas kunjungannya!