(lama sungguh dugaan bertamu)
Sekian lama aku begini
Menghitung hari penuh sengsara
Bahagia bagaikan tidak pernah menyapa
Cuba seringkali untuk senyum
Tapi dugaan sehari-hari betandang
Ya Tuhan
Dugaan apa lagi ini?
Engkau menduga setiap gerakku
Bagaikan aku terkunci kaku
Mengemas erat seolah tiada akhirnya
Sungguh tidak mampu lagi aku bertahan
Hari ini dan esok
Adalah sama
Aku jua tidak lagi mengharap bahagia
Kerana dengannya aku lebih derita
Berat benar cubaanMu Tuhan
Serasa tiada lagi kudrat menyambut setitis darinya
Aku bersungguh untuk tabah
Agar kelak tiada keluhan
Keluhan ke neraka
Satu yang terakhir aku pinta dariMu Tuhan
Berilah secebis lapang buatku
Agar mampu aku merasa nikmat senyum
Jua lebih kenal makna bahagia
10.30 pm (16 Januari 2008)
King’s College London
2 comments:
awat sediy smcm jek
moga Allah beri mudah
Post a Comment