Monday 1 February 2010

JALAN MATI

(hati silalah mati agar tak terasa langkah sudah terhenti)

Lama sangat sudah aku bertahan. Dulu mula-mula aku mahu bermula kulihat sinar harapan yang gemilang. Makinlah aku yakin untuk menapak lantas tidak lagi aku berpaling ke belakang. Dan langkah demi langkah kususuri dengan hati-hati.

Sepanjang jalan itu aku masih ingat detik-detik kecewa. Kadang nampak seperti bahagia tapi rupanya tak seindah disangka. Siapalah aku untuk melawan takdir Tuhan, apa lagi mahu meramal itu dan ini. Aku ini hanya hamba.

Dalam langkah perlahan itu ada jua tempat singgahnya, berhenti meredakan penat. Di setiapnya aku berkongsi pengalaman, selepasnya aku pun bersemangat. Ada juga aku tersilap, tapi segera mengatur langkah ke depan.

Sampailah satu saat aku betul-betul berputus asa. Aku nekad waktu itu untuk berhenti, selama-lamanya. Belum pun lama tekad digantung kedengaran pula melodi pujukan, menyeru namaku supaya jangan ada berhenti melekat di hati.

Langkah pun disambung. Dalam semak, kadang lecak. Aku redah semua. Hinggalah aku puas melangkah dan gembira walaupun lambat sampai. Di tengah-tengah aku berhenti aku terpana. Oleh satu langkah seingatku, entah betul entahkan tidak.

Ketika itulah langkahku mati. Akukah yang tersilap menapak atau pengalamankah yang gagal mengingatkan atau jalan itu sudah mati? Entah. Mungkin sahaja Tuhan punya rancangan yang lebih bagus. Entah bilakan lagi jejak ini akan bersambung.

London.

2 comments:

faith said...

jalan itu tidak pernahnya mati
andai kuat tekad
jangan ditamatkan
kerana penamat semestinya hanya bila ketemu tempat berteduh..

-ceritalah..walau x pernah dapat meringankan..sekurang2nya dapat mengurangkan..walau sekelumit cuma-

pemburu syurga said...

entahlah kak yah, kalaulah diberi pilihan untuk memilih tanpa perlu memikir siapa yang terkesan pastilah tiada ragu2 untuk membuat keputusan, cuma bilamana terasa hidup tidak sendiri jiwa pun menjadi sempit dan tak mampu diputuskan apa yang dimahu.