Monday, 29 September 2008

PERGINYA SEBUAH RAMADAN

Menangisi pemergianmu Ramadan
Hatiku memendam sayang yang dalam
Sarat dibebani bibit haru
Sayangkan pertemuan pertama kita
Sayangkan kebersamaan kau dan aku

Saat Syawal menjengah ini
Kau sayup mengundur diri
Seakan tidak pernah engkau senyum padaku
Padahal engkau mahu mesra di samping
Cuma aku yang masih samar

Hanya pada senja yang terakhir
Di dekatmu mahu kulabuhkan cinta
Aku ingin sekali menatapmu
Kerana hati ini enggan damai
Dalam ribut rindu yang membadai

Belum pun sempat aku mengucap salam
Engkau kulihat menjauhi
Seperti dosaku padamu seluas langit
Ampunkan aku duhai Ramadan
Kalau nanti kau memencil diri

Hari Akhir Menyulam Cinta Ramadan

2 comments:

mohd shazli mohd zaini said...

wslm bro,

no lama ade prob ngan orange. sory ler....

so, mesir mesti best kan?

aku rasa ko mesti lebih memahami dari aku coz ko lagi lama mengalami.... hahahahaha =)

dan all the best... aku pun kat sini jarang contact org pun... sibuk pikiaq mende lain.

dan keep up the good work!... nanti aku kasi hadiah buku pasal sajak kat hang. tapi lambat lagi ler... coz buku tu ada kat msia... tertinggal kat sana... nanti biler2 aku ada masa aku kasi kat hang.


all the best waqi...

regards,
shazli

pemburu syurga said...

all the best juga bro=)