Monday, 19 May 2008

INDAH SENJA

(nikmat Tuhan)

Merah jingga langit manja melambai rindu
Memanggil pulang camar belum dewasa
Mengah berpaut pada tangga gunung
Gebu awan terpalit kicau tawa senda gurau
Memayung silau pasir menghampar bumi
Halus putihnya hilang bersama hangat petang
Desir gemalai pepohon terlentuk bahagia
Berhembus bayu senja melantun ombak kerdil
Pantai tersenyum ria gelora sudah tiada
Dalam dakapan suria yang beransur pulang

19 Mei 2008 (7.50 pm)
King's College London

2 comments:

As said...

Short and precise.
Simple yet meaningful.
Alhamdulillah!

May Allah ease your path, ameen

wassalam

pemburu syurga said...

inshaAllah..jazakillah=)