Tuesday 26 November 2013

SYURGA YANG MENUNGGU

Maghrib yang bertamu bersama syahdu ini
Adalah kiriman dari syurga yang mengingatkan
Betapa neraka sedang berebut gilir dengannya
Untuk dipenuh makhluk yang celaka

Dan syurga
Masih jua bertahan
Bersama taubat yang terluang
Untuk insan yang mahu pulang
Kepadanya
KepadaNya

BB (7.00 pm)
26 November 2013

2 comments:

langit.biru said...

Salam waqie...
Nk sharekan ur poem wif my fren blh?

Best!! Teruskan menulis...moga Allah terus berikan kelapangan masa dan ilham;)

Berusaha, k!

pemburu syurga said...

Wsalam. Sila kan, semua nya dari Tuhan, akan kembali kepada Tuhan :)