Sunday 28 June 2009

TERBAIK

Maka Dialah yang memberikan yang terbaik kepada seluruh hamba-hambaNya, biarpun mereka berbuat jahat kepada Tuhan mereka sendiri.

Monday 22 June 2009

DIA TAK AKAN PERNAH BOSAN

Dia masih belum bosan. Sungguh.

Dahulu. Ketika aku mahu macam-macam.
Dia larang. Aku bengang.

Dahulu. Ketika pendapat diri kuberi.
Dia tentang. Aku berang.

Dahulu. Ketika diam-diam aku bersalah.
Dia lapang. Aku senang.

Sekarang. Ketika aku bisu.
Dia bicara. Aku jadi dengar.

Sekarang. Ketika aku tak mampu sedekah.
Dia kaya. Aku jadi tadah.

Sekarang. Ketika aku kalah.
Dia tenang. Aku jadi yakin.

Oh benar sekali. Dia masih belum boleh berasa bosan. Selagi aku di depannya. Selagi nyawa di jasadnya. Terima kasih, ayah.

Selamat Hari Bapa!

23 Jun 2009 (12.26 am)
Rantau Panjang.

Monday 15 June 2009

MAAFKAN AKU, TARBIAH!

Maafkan aku
Kalau dalam mengajar
Aku mengejar liarnya nafsu

Maafkan aku
Kalau dalam diam
Aku meriuhkan cinta dunia

Maafkan aku
Kalau dalam sembunyi
Aku buka ceritera dosa

Maafkan aku
Kalau dalam memburu syurga
Aku tertawan oleh sulitnya neraka

Tanah Tumpah Dosa Dan Air Mata