Monday 22 June 2009

DIA TAK AKAN PERNAH BOSAN

Dia masih belum bosan. Sungguh.

Dahulu. Ketika aku mahu macam-macam.
Dia larang. Aku bengang.

Dahulu. Ketika pendapat diri kuberi.
Dia tentang. Aku berang.

Dahulu. Ketika diam-diam aku bersalah.
Dia lapang. Aku senang.

Sekarang. Ketika aku bisu.
Dia bicara. Aku jadi dengar.

Sekarang. Ketika aku tak mampu sedekah.
Dia kaya. Aku jadi tadah.

Sekarang. Ketika aku kalah.
Dia tenang. Aku jadi yakin.

Oh benar sekali. Dia masih belum boleh berasa bosan. Selagi aku di depannya. Selagi nyawa di jasadnya. Terima kasih, ayah.

Selamat Hari Bapa!

23 Jun 2009 (12.26 am)
Rantau Panjang.

2 comments:

bbj said...

akhirnya...

ustazahlina said...

Insan yang tetap gagah mengharungi pelbagai ujian...Hargai mereka ketika masih ada dan jangan lupa doakan kerahmatan mereka bila sudah tiada...