Alhamdulillah, kelapangan yang sekejap ini dapat saya temu.
Untuk pengetahuan anda, saya sekarang sudah berpijak di bumi Mesir. Kembara ilmu selama sebulan. Bumi ini banyak memberi erti susah payah hidup dalam keadaan masyarakat yang kucar-kacir, namun itulah yang menjadikannya istimewa. Pengalaman.
Setakat ini, saya masih belum ke mana-mana tempat menarik di sekitar ini. Hangat yang memalaskan jasad. Namun saya sempat mengikuti kuliah fiqah Syeikh Syed dari Universiti Azhar di Masjid Al-Azhar (banyak yang tidak saya fahami), kuliah fiqah Ustaz Nazrul (bekas Presiden BADAR KISAS), beramah mesra dengan Mufti Kelantan (kebetulan beliau sedang berkursus di sini), berkelana bersama beberapa pimpinan PMRAM (persatuan pelajar Malaysia di Mesir).
Banyak lagi yang mahu saya ceritakan, tapi masa sangat suntuk. Doakan saya dan rakan sekembara, Faimee. Terima kasih kepada keluarga yang merestui, rindu pula menghambat setiap langkah kami di sini. Assalamualaikum.
18 Jun 2008 (4.00 pm)
Sabi', Kaherah
2 comments:
A7lan wa sa7lan ila 2rdul masr, 2rdul kinanah...hehe, poyo lak aku gune arab mesir nyer spelling...
sori la kalo hospitality (betul ke istilah ni) kitorang tak memuaskan...
anyway, selamat mengambil sebanyak mungkin ilmu2 yang bertaburan kat bumi ni...
insya-Allah, sumernyer akan 5eir...
jazakallah ya iqbal..
mashaallah mesir sgt best
sila penuhi janji anda mahu ke london..jumpa kat airport=)
Post a Comment