Saturday 31 October 2009

SERABUT

Jiwa jadi sempit
Gelisah tentang tahun-tahun muka
Tentang hidup yang entah ke mana
Tentang hati yang berprasangka
Tentang akal yang buruk fikiran

Oh Tuhan
Aku benar-benar memerlukanMu
Sokongan dan perhatian
Hanya dariMu

Monday 19 October 2009

BUKAN MASANYA

Detik ini bukan masanya
Untuk kita mengeluh dan menangisi
Episod duka yang sangat panjang
Yang terwaris pada pundak hujungnya zaman

Bukan juga masanya
Untuk mencari waktu bersendirian
Kerana umat kita sedang nazak
Menghitung saat-saat bersemadi
Dalam kemurkaan Tuhan

Ini bukan masanya
Membuat itu dan ini
Tanpa ada tujuan dan pedoman
Lantas bila kita lelah
Kita mencari rehat
Dalam derita iman

Oh sungguh
Bukanlah masanya
Untuk kita sedih dan takut
Tentang pengalaman yang menyempitkan jiwa
Apa lagi untuk bergoyang kaki
Memikir soal diri sendiri

Wahai para pembela umat
Kita dambakan seorang Khalid
Yang tajam pedangnya
Menghunus kegawatan umat
Meleraikan kekusutan lorong-lorong ke syurga

19 Oktober 2009 (11.20 am)
Finsbury Park